Mengurus stress bila anak menangis

Entri 10
Oleh : Siti Zakiah Meskam

Baru sahaja semalam belajar tentang pengurusan stress dalam rumahtangga. Harini sudah diuji.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, tetapi Afi masih lagi belum mahu tidur.Sebenarnya Afi sudah tidur sekejap selepas isyak. Entah kenapa tidurnya tak lena, terus dia berjaga. Matanya sudah layu tetapi diajak tidur tidak mahu.

Saya pula agak stress menjaga Afi seorang diri. Sudah masuk malam kelima hanya berdua dirumah. Suami pula ke KL atas urusan kerja.

Bila Afi tak mahu tidur, saya jadi tertekan. Dari petang mendengar dia menagis bila ditinggalkan seorang diri.

Dugaan betul!. Cakap saya dalam hati.

Saya istighfar. Tenangkan diri dengan teknik pernafasan yang dipelajari. Tak mungkin untuk melayan anak sekecil ini dengan kekerasan.

Bilik sudah gelap.Semua lampu saya padam. Tetapi gayanya masih tak mahu tidur. Bila saya pura-pura tidur dia menangis minta dilayan. Sampaikan saya sudah peluk pun dia tetap menangis.

Saya sudah tahu nak buat apa.

Tiba-tiba.

Saya pura-pura menangis.Tak sangka pula Afi terus senyap dari menangis. Ditenungnya wajah saya. Kemudian bercakap bahasa yang saya tak faham satu butir pun.

Saya tergelak. Kelakar pula lakonan menjadi . Anak pula yang pelik tengok emak menangis. Nadanya bercakap macam memujuk saya pula!

Kemudian saya cakap kepadanya,
" Afi. Ummi tak tahu kenapa Afi tak nak tidur.
Tapi sekarang sudah lewat malam.
Afi cubalah tidur ya sayang."

Saya baringkan Afi ke tilam dan saya pura-pura tidur.

Tak sangka Afi faham apa yang saya cakap. Dia berguling-guling dan cuba menidurkan dirinya sendiri.

Lega saya.

Berjaya untuk mengawal stress dari memarahi anak.

Dan tidak disangka anak sekecil itu sudah memahami apa yang saya katakan.

Comments

Popular Posts