Ibrah Ramadhan hari-1

Entri 14
Oleh : Siti Zakiah Meskam

Alhamdulilah, melalui ramadhan yang pertama untuk 2015.
Hari ini seperti rutin hujung minggu.Johor cuti puasa pertama. Hanya duduk dirumah melayan Afi dan membuat kerja-kerja rumah.

Mood ramadhan masih baru satu bar. Rutin yang biasa-biasa sahaja.
Motivasi hari ini agak kurang. Ada hajat yang dipinta tetapi belum lagi termakbul.Jalanya sudah ada tetapi tersekat-sekat.Meruntuhkan semangat yang membara.

Kebetulan puasa pertama suami sukarela mahu menyediakan juadah, maka banyak masa bersenag lenang melayan perasaan.

Dalam kurangya semangat diri,  tiba-tiba mata melihat satu buku yang sudah lama dibaca yang ditinggalkan.Belek semula buku " Quranic law of attraction".

Terjumpa pula nota lama yang dikongsikan bersama rakan usrah.Dalam nota itu ada dituliskan,
"masalah kita ialah kita berdoa tanpa rasa bersyukur dan kita bersyukur tanpa rasa bersabar .
Saya terkesima. Ayat ditulis tanggan itu tulisan  sendiri, tetapi tidak dapat mencerna apa isi yang nak disampaikan.

Betullah, ilmu setakat tahu saja sia-sia. Ia tidak melekat jika tidak diamal.Buku itu sudah lama dibaca tetapi sendiri lupa apa isi dalamnya.

Apa selama ini syukur dan sabar saya tidak cukup? Sudah memaksa diri untuk sentiasa bersyukur dan sabar tetapi seakan tiada pulangan baik yang datang.

Rupanya buku ini mengingatkan saya untuk kembali kepada al-quran. Menarik kuasa tarikan dari al-quran. Menarik kuasa doa, sabar dan syukur yang ketiganya perlu diganding bersama. Merasa syukur sebelum berdoa, sabar dalam berdoa.

Jauhnya saya dengan al-quran sehingga merasa lemah. Seperti kata penulis Rusdin S.Rauf, berapa dekatkah kita dengan al-quran? Kalau kita mengaku dekat dengan al-quran, mengapa masih lagi kecewa, putus asa dan sedih dengan hidup.

Ulas beliau, kekuatan al-quran perlu disuntik kedalam diri terlebih dahulu sebelum kita menyuntik ia ke dalam kehidupan kita.

Bagaikan tamparan untuk saya!

Berazam mendidik anak dengan al-quran tetapi diri sendiri belum terdidik. Berangan-angan membantu orang, tetapi diri sendiri belum kuat. Menguatkan diri memberi semangat kepada suami, tetapi diri sendiri hilang semangat.

Sungguh saya terasa yang Allah memberi saya semangat baru. Dalam hati saya berkata, mulakanlah dari al-quran. Inikan bulan ramadhan. Bulan pesta amalan. Mari bermula dengan al-quran. Bukan setakat dibaca, kita tadabur isi kandungannya!


Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts