Impian 2015

Entri 8
Oleh : Siti Zakiah Meskam


Sejak mengandungkan anak sulung, saya memang menyimpan hasrat untuk berhenti kerja. Walaupun faktor kewangan tidak mengizinkan, saya tetap bernekad untuk berhenti,Puas keluarga nasihatkan supaya jangan buat keputusan terburu-buru tetapi saya tetap dengan keputusan saya dan hantar notis berhenti kerja juga.Saya memberi notis 3 bulan sebelum tarikh dijangka bersalin. Dalam hati gembira kerana waktu berpantang nanti saya tidak terikat kepada tanggungjawab bekerja.

Suami ketika itu pula hanya turutan sahaja keputusan saya. Bukan tanda suami setuju pun tetapi kerana saya yang tetap berkeras.Dalam hati saya berjanji tidak akan menyusahkan suami dengan tanggungan hutang bulanan saya.

Saya membuat 'backup plan' dengan membuat simpanan tiga bulan selepas berhenti kerja.Kononya selepas habis pantang saya akan mulakan pekerjaan dari rumah selepas habis simpanan. Tetapi apa yang dirancang tak seperti disangka.Selepas habis pantang saya masih 'blur' apa  pekerjaan yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan wang dari rumah. Mahu berniaga tetapi tidak pernah berniaga.

Saya hubungi bos memberitahunya ingin bekerja semula. Alhamdulilah, bos memang menantikan saya untuk kembali bekerja. Saya kembali menjadi isteri bekerjaya dan anak pula dijaga oleh pengasuh.

Cubaan pertama berhenti kerja adalah pengajaran untuk saya. Saya belajar bertindak tanpa ilmu tidak akan menjadi. Bahagia yang saya mahu, sengsara yang saya dapat.

Walaubagaimanapun saya masih lagi tidak mahu mengalah. Saya tetap mahu berhenti kerja dan mahu menumpukan perhatian pada keluarga dan pendidikan anak-anak. Kini anak saya muhamad afi sudahpun berusia setahun empat bulan. Saya berniat pada umur dia dua tahun, saya sudah berhenti kerja dan dalam masa yang sama masih mempunyai pendapatan yang tetap.


Kalau dikira-kira, saya mempunyai 6 bulan sahaja lagi untuk merealisasikan impian ini.Saya menanam keyakinan yang impian saya bukanlah sesuatu yang mustahil.Kegagalan pertama membuatkan saya belajar, apapun yang kita mahu buat dalam hidup ini, kita perlu ada ilmu. Barulah kita berani berubah dengan penuh keyakinan.

Jom, kita cari ilmu. Kita belajar lagi dan lagi.

Sekian,
Semoga bermanfaat.


Comments

Popular Posts