Tips Perkahwinan - Imaginasi yang membunuh

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Gambar : Carian google
Entri 30


Saya teringat pesanan bapa sebelum berkahwin.

"Selalu beristigfar jika fikir yang bukan-bukan. Syaitan suka mengacau suami isteri supaya bergaduh, dan akhirnya bercerai"

Itulah Syaitan. Musuh nyata tetapi tak terlihat dek mata. Sentiasa berusaha menyesatkan dan merosakkan manusia. Bilamana dua orang yang bercinta, dihasutnya untuk berbuat maksiat. Bila sudah berkahwin, dihasut untuk bercerai berai pula.

Namun, samada kita sedar atau tidak.Kitalah yang menjemput syaitan masuk kefikiran kita.

Bagaimana?

Setiap manusia mempunyai dua bisikan yang sentiasa berlawanan iaitu bisikan baik dan bisikan jahat. Bisikan baik datangnya dari malaikat manakala bisikan jahat datangnya dari syaitan.

Bilamana bisikan jahat datang kefikiran dan kita mengiakan, kita telah memenangkan syaitan dan mengundangnya tanpa sedar.Syaitan menjadi penasihat kita dan bisikan-bisikan jahat menjadi imaginasi dan akhirnya apa yang kita fikirkan menjadi nyata.

Semasa seminar pengurusan stress dalam rumah tangga, Prof Shafik memberitahu kebanyakan kes-kes rumahtangga bermula daripada prasangka, bayangan dan curiga yang akhirnya 'dijemput'  menjadi masalah.

Isteri merasakan suaminya curang kerana ketika itu suami pula sering balik lewat malam,walhal dia sibuk bekerja. Si isteri mula membuat tuduhan, dan mencurigai suami dalam diam. Isteri membayangkan suaminya bertemu dengan wanita cantik diluar dan menjalankan hubungan sulit. Bayangan-bayangan isteri yang semakin nyata dalam fikiran akhirnya betul-betul menjemput suaminya berlaku curang.


Inilah yang dikatakan Hukum Tarikan.

Michael J.Losier mendefinasikan ini sebagai :
"Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran samada perkara positive atau negative, akan datang dalam kehidupan kita"

Lebih mudah lagi Dr Azizan Osman sering menyebut,
"Apa yang anda fikir, cakap dan buat itu semua adalah DOA "

Sesungguhnya hukum tarikan ini telah Allah sebutkan dalam al-Quran;
"Aku adalah mengikut sangkaan hambaku"

Maka,salah satu cara menjauhi keretakan rumahtangga adalah dengan menjauhi imaginasi yang membunuh kebahagiaan.

1-  Elakkan berfikir yang negative tentang pasangan seperti pasangan curang, anda cinta pandang kedua dengan bekas buah hati, pasangan baran, seks liar atau apa sahaja.

2- Beristigfar setiap kali anda berfikiran negative.Ulang sehingga fikiran itu hilang.

3- Gunakan bahasa yang betul dalam minda bawah sedar anda.

Contoh (salah) :
Saya tidak mahu suami kahwin tiga.
Saya tidak mahu kecewa dalam perkahwinan.
Abang, jangan berani kahwin lebih tau!

Minda bawah sedar tidak membaca perkataan negative seperti tidak, gagal, kecewa, jangan.

Cuba katakan dengan budak kecil yang bermain-main "Jangan lari". Kemungkinan besar dia memang akan lari.Minda tidak membaca perkataan 'jangan'.

Maka, ubah kata-kata dan fikiran anda dalam hati.

Contoh (betul) :
Saya disayangi dan dicintai suami sepenuh hati.
Saya bahagia dengan perkahwinan bersama suami.
Abang, saya seorang sahaja yang boleh jadi isteri abang tau!

4- Elakkan menonton cerita yang memaparkan kecurangan pasangan dan keretakan rumahtangga.

Cerita memang mempunyai unsur nasihat, tetapi melihat tayangan negative berulang kali menghantar maklumat yang tidak baik kedalam fikiran sehingga kita cenderung dengan imaginasi yang negative.

KESIMPULAN

Ingatlah, musuh utama dalam hidup kita adalah syaitan. Syaitan menuipkan api kebencian diantara suami isteri dan inilah ujian terbesar yang berlaku disepanjang perkahwinan.

Moga Allah menjauhkan perkahwinan kita dari tipu daya syaitan dalam impian membina rumahtangga yang bahagia yang membawa kesyurga.

Comments

Popular Posts