Konsep Faham &Terima 1

Entri 12
Oleh : Siti Zakiah Meskam

Minggu lalu saya berpeluang menghadiri seminar pengurusan stress dalam rumahtangga di pejabat Ikram johor. Banyak yang saya belajar daripada penceramah hebat iaitu Prof.madya Dr.Syed Mohamad Shafeq bin Syed Mansor Al-Habshi.Beliau merupakan ketua unit kaunseling di UTM Skudai.

Menurut beliau, cara terbaik untuk mengurus stress adalah dengan konsep faham dan terima. Untuk memahami lebih lanjut konsep ini, mari kita para isteri jawab dengan jujur soalan dibawah.
1-  Anda faham atau tidak lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu?

2- Boleh terima atau tidak jika suami berkahwin lebih dari satu?

Terdiam kami kaum wanita bila diajukan soalan yang kedua. Sentap juga saya kerana agak sukar menerima walaupun kenyataanya suami memang berhak untuk berkahwin empat.

Hakikatnya, ramai pasangan mengalami stress atau konflik dalam rumahtangga kerana kegagalan memahami konsep faham dan terima. Sebelum kita mencari solusi dalam masalah yang timbul, penting bagi kita untuk memahami bahawa lelaki dan perempuan secara fitrahnya memang dilahirkan berbeza baik dari segi fizikal atau mental.

Menurut kajian, kebanyakan isteri meluahkan  suami bukan pendengar yang baik.Isteri merasakan suami tidak memahami pengorbanan yang telah dilakukan. Para suami pula merunggut isterinya sentiasa cuba mengubah diri dan peribadi suami.

Masalah ini mampu diatasi dengan memahamai bahawa lelaki terdorong menawarkan jalan penyeleasaian dan perempuan cuba membaiki keadaan.

Bagi mengatasi perbezaan ini, John Gray di dalam bukunya mens are from mars, women are from venus memberitahu :

1- Untuk isteri, berhenti memberi nasihat kepada suami.
Pernah tak anda dan suami bertengkar kerana tersesat jalan. Isteri biasanya akan memberi nasihat,
"Abang, cubalah tanya orang kedai tu. Dah sepuluh kali pusing ini. Malu bertanya sesat jalan tau.(nada perli)"

Sebenarnya tanpa sedar isteri telah melukakn hati suami. Bagi suami, dia merasakan dirinya dihina jika tidak dapat menyelesaikan masalah tanpa bantuan. Isteri perlu menghargai suami dengan menerima dah faham bahawa suami mampu menyelesaikan masalahnya sendiri selagi ia tidak meminta bantuan. Suami bersemangat apabila kebolehan, kecekapan dan pencapain mereka dihargai.

Sebagai solusi, jika tersesat jalan isteri perlu beri peluang kepada suami untuk mencari jalan secara sendiri. Senyap sahaja. Beri nasihat/cadangan hanya ketika suami minta.

2- Untuk suami, belajar mendengar keluhan dan rungutan isteri.Dengar sahaja, jangan cuba menyelesaikan masalahnya.

Masalah isteri akan selesai apabila suami hanya menjadi pendengarnya yang setia dan empati terhadap masalahnya.

Sebagai solusi jika isteri mengeluh atau bercerita tentang masalahnya, suami dengar sahaja sampai habis. Berkata-kata dengan perasaan empati iaitu ibaratnya kita memahami perasaanya.

"Kesiannya sayang penat bekerja.Mahu ambil anak lagi. Balik rumah sayang masak lagi."
"Abang faham sayang penat.
Mari sini. Biar abang peluk sayang. "

Oleh itu, cuba praktikkan konsep faham dan terima pertama ini. Saya sudah mencuba dan akhirnya saya sentiasa berasa lega dan kurang berprasangka negative terhadap suami.

Sekian,
Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts