7 Tips semakin kaya dan bahagia

Entri 9

Oleh : Siti Zakiah Meskam



Entri sebelum ini saya ada bercerita tentang impian 2015 saya. Saya belajar nak buat sesuatu dalam hidup semuanya perlukan ilmu sebagai satu persediaan utama. Dengan ilmu kita tahu bezakan mana yang betul dan mana yang salah. Keghairahan saya untuk berhenti kerja memupuk satu minat baru iaitu suka membaca. Saya mula mencari buku-buku yang dapat meningkatkan kecerdasan kewangan saya.

Untuk itu, saya ingin berkongsi 7 tips untuk kita semakin kaya dan bahagia yang berdasarkan al-quran dan hadits nabi s.a.w. Tips ini saya dapat daripada buku tulisan Akhmad Muhaimin Azzet yang bertajuk 7 cara agar rezeki semakin bertambah dan diberkati.

Sebelum itu, saya ingin menekankan bahawa rezeki ini luas maksudnya.Rezeki bukan sahaja kekayaan material, tetapi rasa bahagia, hati tenang, badan sihat, jiwa lapang, umur panjang juga dikira sebagai rezeki.

Secara tepatnya pengarang Tafsir al-quran asy-sya'rawy menulis  :
" Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, samaada halal ataupun haram, samada baik atau buruk."

Beliau menambah :
" Beerti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain. "

Secara peribadi, saya mengharapkan rezeki dari sudut keluarga yang bahagia yang harmoni dan penuh dengan kasih sayang. Hanya dua perkara yang saya harapkan buat masa ini iaitu , rumahtangga yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah serta  Allah memberi rezeki agar saya dapat mendidik anak-anak saya sendiri sejak mereka kecil.

Kembali kepada tajuk utama, saya ringkaskan 7 tips untuk kita semakin kaya dan bahagia adalah seperti berikut.

1. Membina kepercayaan yang kuat.
   a. Belajar yakin sepenuhnya kepada Allah.
   b. Keyakinan yang bergantung kepada-Nya.

2. BERTAUBAT kepada Allah S.W.T
  a. Sentiasa memohon keampunan dan bertaubat.
  b. Allah s.w.t suka menerima taubat hamba-Nya.

3. Belajar menjadi hamba yang bertakwa.
  a. Menjadi hamba yang bertakwa adalah modal utama untuk berjaya.

4. Mulakan aktiviti dengan solat duha
  a. Allah akan mencukupkan rezeki didunia, dibina Istana di syurga.
  b. Solat dhuha perlu dilakukan dengan istiqamah.

5. Menjadikan diri suka menjalinkan Silaturrahim
  a. Rezekia akan bertambah dan umur panjang.
  b. Membuka Silaturrahim dengan Salam.

6. Gemar Bersedekah.
  a. Keuntungan yang berganda didunia dan akhirat.
  b. Bersedekah dengan sesuatu yang kita sukai

7. Menyempurnakan nikmat dengan bersyukur
  a.Bersyukur menambah nikmat dan berterusan memperolehnya.

Semoga bermanfaat.
Saya mendoakan semua yang membaca semakin kaya dan bahagia.amin.

Comments

Popular Posts