Lelaki ini buatku jatuh cinta berkali-kali!

Teks : Siti Zakiah Meskam

Bismilah.

Lelaki ini buat saya jatuh cinta lagi!

Bukan sekali dia buat saya jatuh cinta.Malah berkali-kali.Rasa nak beritahu satu dunia lelaki ini memang WOW.

Lelaki ini ialah muhammad kedua yang saya cintai ketokohannya selepas Nabi Muhammad s.a.w.Lelaki ini adalah sultan muhammad II atau lebih dikenali dengan muhammad al-fateh yang membuka kota konstantinopel pada 1453 dan menjadi orang yang dikatakan nabi sebagai sebaik-baik pemimpin.

Dahulu, saya hanya mengenal cukup sekadar namanya sahaja. Sehinggalah ketika tempoh berpantang tempoh hari, entah macamana ternampak buku al-fateh tulisan Abdul Talib Latip.Ia ditulis dalam bentuk novel, sangat mudah untuk dihadam.

Membaca perjalananya menawan kota konstantinopel (kini istandbul) memang WOW. Penuh mistik, penuh dramatik. Kalah cerita dalam panggung. Sangat mendebarkan terutama ketika pelbagai serangan masih belum membuahkan hasil dan kucar kacir pula berlaku dalam kalangan pemimpin tenteranya.

Secara ringkasnya, saya beri 3 perkara yang WOW tentang beliau:

1. Menawan kota konstantinopel ketika usianya 21 tahun dengan tenteranya seramai 250,000 orang.
Kalau dibandingkan, apa agaknya kita lakukan ketika usia 21 tahun?

Bukan mudah menawan kota kebal ini. Dilapisi sebanyak tiga lapisan tembok batu.Selama 800tahun, sudah ramai pahlawan islam yang cuba menawanya.Namun kesemuanya pulang dengan tangan kosong.

2. Melayarkan sebanyak 70buah kapal perang diatas daratan sepanjang 4.8km dalam masa satu malam!

3. Menggunakan teknologi perang tercanggih abad itu iaitu meriam Orban.Meriam Orban mampu menghasilkan lubang sedalam 2meter dengan satu das tembakan. Paling menarik, Orban (si pereka meriam) ditahan di kota konstantinopel dan dilarikan oleh al-fateh dengan terowong bawah tanah.

Bahagian yang paling menarik dari kisah al-fateh ialah kejayaan beliau bukan disebabkan oleh faktor nasib. Tetapi terhasil dari perancangan yang rapi dan teliti bahkan bermula sejak kecil lagi.

Nak beritahu disini, disetiap kejayaan perlu ada rancangan yang teliti. Tidak cukup sekadar MAHU, tetapi perlu berusaha agar MAMPU.

Al-fateh sememangnya layak diangkat sebagai HERO.Namun, ada sesuatu yang boleh dipelajari lagi dari cerita beliau.

"Success is not about ME, it is about WE"

Itu yang saya dapat.Kita takkan mampu jika kita hanya bergerak seorang diri.Agama Islam sendiri sangat mementingkan berjemaah.

"I want WE to success, so what i have to do?"
Itu pula persoalan al-fateh yang membentuk sikap proaktif dalam dirinya.
Berani memikul tanggungjawab.
Walhal dia seorang raja.Ada kuasa.
Boleh saja memilih untuk bersenang lenang dengan harta yang ada.

Kita?
Walaupun bukan raja negara mana2, tetapi kitalah raja untuk diri kita.
.
.
Nota : Sebagai menyahut cabaran dan mengambil sikap al-fateh, saya mahu melancarkan misi mencari kerja.

Bagi sesiapa yang memerlukan bantuan tenaga, saya sudi membantu secara PERCUMA.
Apa sahaja asalkan untuk agama islam.Boleh secara online atau 'turun padang' di kawasan berhampiran.
Mohon email saya atau PM saya di fb untuk kerja yang mahu dilakukan.

Terima Kasih.

Comments

Popular Posts