Kurta Bayi ekspress siap satu hari

Entri 15
Oleh : Siti Zakiah Meskam

Harini hujung minggu kali ketiga berdua bersama afi sahaja. Macam biasa suami ke KL atas urusan kerja. Hujung minggu pertama puasa. Bangun tidur dah fikir nak buat apa ye.

Siap sahaja kerja mengemas dan membasuh terus saya keluarkan kain lama. Memang hajat nak buat sendiri baju raya Afi tahun ini. Umminya ini tak pro lagi, maka buatlah apa yang boleh. Janji nampak cantik dan kemas. :)

Setelah membelek-belek nota dari geng jahit di fb, maka inilah hasilnya. Kurta ekspress satu hari siap. Sempat siap sebelum berbuka.Senpat jugak masak berbuka.Semangat membuatnya.Hasil yang pertama.Boleh tahan jugak!

Ini umminya yang semangat suruh afi pakai terus. Padahal butang belum siap lagi.=D
Ini pula gambar sebelum dijahit. Tak sangka mudah rupanya membuat kurta bayi.Cuma lipat dua , tiru ukuran baju t-shirt dan jahit sekeliling. Cuma agak rumit untuk jaghitan leher. Saya suka buat leger berbutang, senang untuk Afi pakai nanti.

Ini wajah gembira dah ada jubah raya. Ada gaya macam ustaz tak saya? 



Ok.Sesiapa yang nak tahu macamana nak buat kurta ini boleh tinggalkan komen anda dibawah ye. :)
Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts