Ibrah ramadhan 7 - Reset Hati

Entri 18
Oleh : Siti Zakiah Meskam

Saat ingin berkata-kata dengan Allah, tunaikanlah solat.
Saat ingin Allah berkata-kata dengan kita,
bacalah al-quran.

Minggu ini berlagu sendu.

Lalu Allah datangkan kata semangatnya melalui surah ali imran.

" Dan BERSEGERAlah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertakwa,

(3 : 133)

Iaitu orang yang berinfaq, baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menaham amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,

(3 : 134)

Dan juga orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi dapat memgampuni dosa-dosa selain Allah?

Dan mereka tidak memeruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.

(3: 135)

Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, JIKA KAMU Orang yang BERIMAN.
(3: 139)

Ya Allah, bantulah hambamu ini agar menjadi hambamu yang beriman dan bertakwa.

Amin.

Berlalulah sendu,
Moga kau tak lama.

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts