Suamiku Tiket ke Syurga atau Neraka

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Gambar : Carian google
Entri 29 

Perkahwinan merupakan satu rezeki daripada Allah s.w.t yang perlu disyukuri setiap hari bukan sahaja diawal perkahwinan. Bagi seorang wanita, perkahwinan menaikkan 'level'nya daripada seorang anak kepada seorang isteri.Allah mengangkat darjat seorang isteri kerana tanggungjawabnya keatas suami dan keluarganya.

Benar, Dengan berkahwin wanita menempah tiket ke syurga.Suami adalah tiket yang terbesar seorang isteri. Memberi ketaatan kepada suami selagimana tidak bercanggah dengan agama menjanjikan pahala yang besar dan balasannya tentulah syurga Allah.

" Setiap isteri yang meninggal dunia dan diredhai suaminya, maka ia masuk syurga"
(hadith riwayat At-Tirmidzi)

Dan mana-mana wanita yang melengkapi syarat ini maka syurga jua baginya.

"Apabila wanita telah melaksanakan solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan,menjaga kemaluaanya dan metaati suaminya, niscaya dikatakan kepadannya, Masuklah surga dari pintu mana kau sukai" 
(hadith riwayat Ahmad&Thabrani)
Mudah bukan masuk ke syurga?

Nampak memang mudah, tetapi janganlah mengambil mudah. Mentaati suami ketika diawal perkahwinan sangat mudah.Tetapi yang sukar adalah untuk mengekalkan diri mentaati suami di sepanjang perkahwinan. 

Mengapa sukar?
Kerana hakikatnya wanita ini pelupa. Kita terlupa untuk bersyukur dengan kebaikan suami.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab:
“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Benar, memang akan ada satu waktu Allah uji dengan kelemahan yang satu ini. 
Rasa tidak puas hati atau bersyukur kepada suami membuka pintu-pintu neraka yang lain. Isteri berani meninggikan suara, tidak menghiraukan makan minum, bermasam muka, melakukan sesuatu tanpa izin suami dan tidak melayan suami dengan sebaiknya.
Disebabkan tu, perkara utama yang perlu para isteri jaga adalah lisan. 
Jagalah tutur kata dengan suami.Berkata dengan perkataan yang baik sahaja. Senyum dan diam sahaja jika tidak bersetuju atau tidak mendapat suatu yang diingini.Seorang isteri tidak akan pernah kalah dengan mengalah.

Dan sentiasalah bersyukur dengan kehadiran suami. Cari dan pujilah sebanyak mana kebaikan suami dan tutup mata pada keburukan suami. Sungguh, mentaati seorang suami memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Disebabkan itu, balasannya juga tinggi disisi Allah s.w.t.

Berusahalah menjadikan suami sebagai tiket ke syurga anda, bukan ke neraka.
Ingatlah kejayaan dan kebahagiaan itu milik setiap orang yang berusaha.
Akhir kata sama-sama kita renungi ;
Isteri tiada apa-apa tanpa suami.
Tetapi menjadi 'sesiapa' dengan suami.

Comments

Popular Posts