3 Halangan Utama untuk Bertindak

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 44

Alhamdulilah. Ini adalah entri terakhir saya dalam menyiapkan asignment yang perlu saya buat di ABDR.

Mulanya target saya nak habiskan asigment dalam masa 3bulan. Rupanya berlanjutan sampai 6 bulan baru saya siapkan 44 entri pertama saya.Apapun saya tetap bersyukur.
Saya kira ramai juga yang menghadapi keadaan seperti saya.Bersemangat pada mulanya tetapi tidak juga mencapai target seperti yang diinginkan.Mengambil contoh diri sendiri, suka untuk saya kongsikan 3 perkara utama yang  menghalang diri kita daripada bertindak seperti yang kita mahukan :

1- Mengejar Kesempurnaan

Terlalu inginkan kesempurnaan akan melambatkan proses diri kita untuk berubah. Saya mengambil contoh dari diri saya sendiri. Saya akui saya mengambil tempoh yang agak lama menyiapkan entri pertama disebabkan mahukan kesempurnaan ditambah dengan skill penulisan yang sudah lama ditinggalkan.

Pelajaran pertama untuk diri saya, ketepikan rasa kesempurnaan. Setiap perjalanan yang panjang bermula dengan langkah yang pertama. Lebih cepat kita melangkah maka lebih cepat perjalanan kita bermula.

Memetik kata-kata Puan Ainon Mohd,
"Jalan terus !" .

Pedulikan kata hati dan kata-kata orang disekeliling. Biarpun pada mulanya penulisan kita nampak biasa, insha Allah berkat ketekunan, mutu penulisan akan semakin meningkat dan idea akan semakin bertambah.

2- Tidak FOKUS

Fokus atau menumpukan sepenuh perhatian dalam satu pekerjaan dapat menjimatkan masa dan mengelakkan kerja dilakukan berulang kali.

Sekiranya sesuatu kerja dilakukan dengan penuh tumpu, kerja satu jam pun sudah boleh siap 15 minit. Fokus juga boleh dikaitkan dengan keberkatan masa.Orang yang tidak fokus melakukan sesuatu sebenarnya sedang membazirkan masa dan tenaganya.

Alhamdulilah, saya lebih fokus dalam penulisan setelah mengaplikasikan teknik yang diajarkan oleh sahabat saya.Teknik itu adalah dengan teknik pernafasan.

Ya. Saya sendiri telah mencuba beberapa kali. Hasilnya, saya lebih memberi tumpuan ketika menulis dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat daripada sebelumnya. Biasanya saya mengambil masa satu hari untuk satu entri, tetapi dengan teknik pernafasan , saya dapat siapkan entri dalam masa 2 jam.

Nampak lama bagi orang lain.Tetapi itulah diri saya.Apapun, ini satu pencapaian yang terbaik saya yang saya sangat syukuri.

3- Tidak KONSISTEN

Sememangnya, didalam ABDR kita ditekankan untuk menulis setiap hari. Mulanya, susah untuk saya istiqomah menulis setiap hari. Ya, ia bermula dengan alasan tidak cukup masa.Tambahan skill menulis masih baru dan saya pula jenis orang yang lambat menaip.

Itulah perasaan yang kita perlu lawan setiap hari. Kadang kala, saya paksakan diri untuk menulis juga. Tetapi bila sudah memaksa diri tiada pula idea. Maka untuk mempercepatkan proses penjanaan idea, kita perlu banyak membaca.

Untuk permulaannya, kita boleh olah semula bahan bacaan kita. Gunakan bahan yang sedia ada, insha Allah lama kelamaan idea itu akan datang dengan sendirinya.
.
.
Nasihat saya, jangan berputus asa dan sentiasa kuatkan semangat untuk konsisten menulis.

Tanamkan dalam diri sifat seperti kura-kura yang bertanding dengan arnab. Kekalkanlah untuk tetap bergerak walau langkah kita hanya setapak.

Sekian. Saya mendoakan kejayaan anda yang membaca!

Comments

Popular Posts