3 sebab saya pilih al-Quran

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 26


Tahukah ibu sekalian, perkembangan otak manusia berlaku paling hebat ketika usia 0-5tahun?

Ketika bayi lahir sahaja, Allah telah kurniakan dengan 100billion sel neuron berkembang tiga kali ganda dan semakin berkurangan perkembangannya selepas umur 5 tahun.

Inilah 'golden age' anak. Apa yang kita tunjuk dan ajar secara berulang-ulang kepada mereka akan disimpam didalam memori jangka panjang mereka. Otak mereka ketika ini umpama span, terima dan serap sahaja tanpa tapisan.

Keinginan saya untuk mengajarkan anak al-quran bermula apabila saya membaca blog puan lina yang mendidik dua orang anaknya iaitu darwin dan darwinsyah dengan al-quran sejak kecil.Sungguh saya sungguh teruja, tambahan kebolehan mereka untuk menghafal al-quran sejak usia 2tahun setengah.

Rupanya mengajarkan anak al-quran sejak kecil bukanlah sesuatu yang asing malah sangat digalakkan dalam islam.

Pada mulanya saya merancang untuk belajar lebih lanjut dengan mengikuti seminar pn.lina pada bulan disember 2015.Sebaik perancang ialah Allah, dan Allah temukan saya pula dengan puan siti Anakku Alhafiz yang juga mendidik anak dengan al-quran. Rupanya beliau juga merupakan anak didik puan lina tetapi lebih menekankan tentang hafalan sejak kecil.

Alhamdulilah, setelah menghadiri seminar beliau saya lebih bersemangat untuk mengajarkan anak dengan al-quran dan mahu memulakan hafalan sejak mereka kecil dengan serius.

Inilah 3 sebab utama saya memilih al-quran sebagai pendidikan awal :

1- Metodologi Salafus Soleh

Siapakah Salafus Soleh? 
Mereka merupakan generasi para sahabah yang mendapat taribiah secara langsung dari Rasulallah s.a.w,. Sebuah generasi yang unik dan betapa mereka menjadi golongan penyebar islam keseluruh dunia.Kecintaan mereka kepada islam, ilmu dan berjuang sangat tinggi.

Kenunggulan mereka adalah kerana mereka mengambil al-Quran sebagai sumber kehidupan dan  tidak mengambil dari sumber-sumber bathil buatan manusia. 

Sungguh, ini adalah Metodologi yang terbukti berkesan sejak 1400 tahun dahulu.

" Sepatutnya seseorang pelajar memulakan menghafaz kitab Allah S.W.T kerana AlQuran adalah semulia-mulia ilmu.
Al-Quran merupakan perkara pertama yang didahulukan dan diutamakan."
   (Imam al-Khatib al Bahgdadi rhm)


2- Hikmah Kebijaksanaan


Perumpamaan mereka yang memelajari ilmu semasa keci adalah seperti mengukir diatas batu. Manakala perumpamaan bagi mereka yang mempelajari ilmu semasa tuaanya adalah seperti menulis di atas air.
(Hadith riwayat ath-thabrani dari Abu Darda’ ra.)

Sesiapa yang membaca al-Quran sebelum baligh umurnya, maka akan dikurniakan hikmah kebijaksanaan pada usia kecilnya.
(Hadith riwayat Abdullah bin 'Abbas rhm)

Al-Quran adalah pintu kepada cabang imu yang lain. Lihat sahaja golongan Salafus Soleh, kefahaman yang tinggi kepada al-Quran menyebabkan mereka mempunyai ketekunan yang tinggi untuk memajukan diri dan mendalami ilmu lain. 

Sangat banyak contoh saintis islam yang terkemuka, Al-Biruni, Ibnu Sina, Ibnu Khaldum dan ramai lagi.Inilah yang saya mahukan, anak yang mencintai ilmu diiringi ketakwaan yang tinggi kepada Allah.

3- Al-Quran menjadi sebahagian darah daging

“ Sesiapa yang mempelajari al-Quran ketika waktu muda, maka al-Quran akan menyatu dengan darah dan dagingnya. Sesiapa yang mempelajari ketika dewasa, sedangkan ilmu itu akan lepas darnya dan tidak akan melekat pada dirinya, maka ia mendapat pahala dua kali.”
(Hadith riwayat al-Baihaqi, Ad-dailami dan Al-Hakim) 

Ingin saya kongsikan perkongsian Puan Siti tentang anak beliau. Ada satu malam mereka baru pulang dari bercuti yang panjang. Sudahlah badan penat, sampai si rumah lewat malam. Tetapi anak beliau yang sulung tidak mahu tidur.Apa kata anaknya ? Mak, Muiz nak baca surah xxx (saya sudah lupa nama surahnya). Puan Siti pun dengarkan sahaja. Habis sahaja anaknya membaca surah berkenaan terus dia tertidur.
MasyaAllah. Apa yang ingin Puan Siti kongsikan, keinginan anaknya dalah disebaban tuntutan darah dan daging anak yang sudah sebati dengan al-Quran.

Diharapkan ibu-ibu yang lain mendapat motivasi daripada perkongsian saya ini. Al-Quran sememangnya adalah mukjizat dan peneman kita di alam kubur dan boleh menjadi syafaat di akhirat kelak. 

Comments

Popular Posts