Tips Perhubungan dalam Rumah Tangga

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 38

Assalamualikum w.r.t dan Bismillah.

Izinkan saya berkongsi tips-tips membina perhubungan yang baik didalam rumahtangga.

Suami perlu lakukan perkara-perkara kecil untuk isteri.

- Apabila pulang kerumah, cari dia dahulu sebelum melakukan perkara lain.Peluk dia.
- Berlatih mendengar dan bertanya soalan
- Elakkan daripada cuba menyelesaikan masalahnya. Terbitkan rasa simpati.
- Peluk 4 kali sehari
- Beritahu , " saya sayangkan awak" sekurang2nya 2xsehari
- tawarkan diri membantu kerja rumah apabila dia penat
- Pegang tangganya dengan kasih sayang.Bukan kerana terpaksa.

Sepertimana suami perlu melakukan perkara-perkara yang kecil untuk isteri, isteri juga perlu mengHARGAI perkara kecil yang dilakukan suami.

- Senyum dan ucap terima kasih mampu menunjukkan betapa isteri menghargai pengorbanan suaminya.

- Lelaki perlukan dorongan dan penghargaan supaya dapat terus memberi.Mereka perlu merasakan apa yang mereka lakukan membawa perubahan.Maka, beri lebih galakan dan kurangkan kritikan.

-Lelaki berhenti memberi apabila merasakan apa yang mereka lakukan tidak dihargai atau tidak diendahkan.

- Isteri perlu memberitahu suami apa yang dilakukanya dihargai.

Sekian.Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts