HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 40

Assalamualikum w.b.t dan Bismillah.

Rasanya homeschooling bukanlah suatu yang asing lagi di negara kita. Ramai yang sudah terbuka dengannya dan boleh diamalkan walaupun ibu bekerja atau sepenuh masa dirumah.

Kenapa homeschool? Apa itu? Kebaikan dan keburukannya?
Nak cerita memang panjang tetapi disini saya hanya ingin kongsikan satu group yang menghimpunkan homeschooler di Malaysia samada yang tegar, baru bermula atau berhasrat bermula.

Nama group ini Homeschooling Genius Syurga. Ini adalah secret group maka sesiapa yang membaca post saya ini dan berminat untuk menjadi ahli boleh 'add' saya di FB dan saya bantu untuk masuk disana.

Apa yang menarik sangat group ini?

Asalnya saya tidak tahu kewujudan group ini. Tetapi ada sahabat wangi yang memasukkan saya disitu kerana dia lihat saya minat dengan homeschooling. Mulanya saya pun tak berapa 'heran' sangat dengan homeschooling group. Sudah ada beberapa group yang saya sertai.

Namun Masya Allah, melalui perkongsian ahli disini saya dapat rasakan aura yang sangat positive. Sangat membantu.Sanggat menyokong.

Malah sangat ramai ahlinya yang 'otai2'. Sebelum ini saya pun pernah berguru dengan mereka dan ada homeschooler tegar yang sudah saya follow sekian lama.Boleh dikatakan ini group yang menghimpunkan pelbagai level.

Maka sesiapa yang berminat boleh 'add' atau message saya. Dan untuk pengetahuan saya akan mulakan satu group mengenalkan anak dengan huruf al-Quran dan bantu sampai mengenal dan mula membaca.Permintaan yang sangat ramai dari ahli group ini.

Sekian. Salam ukuwah fillah!

Comments

  1. Harrah's Philadelphia Casino and Racetrack - MapYRO
    Find 춘천 출장안마 Harrah's Philadelphia Casino and 상주 출장샵 Racetrack, Chester, 세종특별자치 출장안마 PA real 오산 출장샵 estate, maps, reviews, photos 용인 출장샵 and more.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts