Perjalanan yang baru bermula

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 43



Assalamualikum w.b.t dan Bismillah.

Minggu lalu adalah minggu yang agak sibuk buat saya. Menjadi admin group yang baru ditubuhkan di FB, menjadi tulang belakang junior kelab di UTM untuk membuat program mereka, dan menghadiri satu perjumpaan usrah geng 'mak-mak'.

Walaupun agak sibuk, tetapi saya rasa gembira. Lebih gembira apabila dapat menyebarkan ilmu dan membantu lebih ramai orang.

Alhamdulilah.

Benar, hidup lebih bermakna apabila kita menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.

Satu perjalanan baru saya telah tempuhi. 
Ia adalah pilihan yang saya sendiri pilih.
Saya sendiri tidak pasti apakah kesudahan perjalanan saya ini.

Tetapi saya mohon agar ALLAH sentiasa menunjukkan jalan yang benar dan dibukakan pelbagai lagi peluang untuk saya berbakti kepada orang lain.

Sekian, Moga Allah Redha usaha kerdil ini.

Comments

Popular Posts