Manusia Tidak Boleh ada Semua!



Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 44

Assalamualikum w.b.t dan Bismillah.
Ini adalah perkongsian daripada Puan Ainizal Abdul Latif di FB beliau.
Saya 'post' disini untuk ingatan diri sendiri dan nasihat untuk yang lain.
Sama-sama kita mengambil pengajaran daripada perkongsian beliau.
=================================================
Saya ditanya oleh seseorang, bagaimana mahu berlapang dada apabila sesuatu yang kita minta pada suami tidak dapat di tunaikan?
Ingat, kita meminta kepada suami namun yang memberi tetap Allah. Suami adalah perantara sahaja. Jadi sebelum minta apa-apa kepada suami, minta pada Allah dahulu. Jika Allah izinkan, pasti Allah lembutkan hatinya dan gerakkan tenaganya untuk memenuhi kehendak kita.
Adakalanya baru sahaja terdetik dihati, tau-tau sahaja suami sudah memenuhi kehendak kita sebelum kita memberitahunya. Boleh jadi juga, sudah habis daya memujuknya, tetapi dia boleh buat tak tau sahaja dengan permintaan kita.
Kerana kita tahu itu adalah keputusan Allah, dan menyedari suami hanya perantara maka kita akan berlapang dada sekiranya permintaan tidak di tunaikan. Allah maha tahu yang terbaik untuk kita. Subhanallah. Dada akan lapang dan kosong semula.
Allah maha kaya, dan sekiranya Dia katakan bahawa kita layak untuk mendapat apa yang kita mahukan, namun perataranya bukan dari suami, maka Allah juga yang berhak menggerakkan hati dan tenaga orang lain untuk menyampaikan kepada kita.
Contoh, kita minta suami belikan durian. Permintaan kita ditolak. Esoknya jiran sebelah rumah baru balik dari kampung dan sedekahkan buah durian kepada kita. Beginilah cara kerja Allah.
Saya teringat kisah guru saya, Ustaz Yusuf Mansur, beliau berpesan kepada isterinya, apa pun masalah didalam rumah, hatta beras sudah habis sekalipun, adukan pada Allah dahulu. Selepas itu barulah beritahu kepadanya. Ini kerana dia hanya perantara sedang rezeki itu Allah yang berhak mengurnia.
Boleh gunakan cara yang sama jika kita ingin mentarbiyyah anak-anak. Kita sebagai ibu bapa adalah perantara terhadap semua permintaan mereka. Sandarkan keputusan atas izin Allah.
Untuk menambah rasa redha kepada rasa lapang dada tadi, percayalah tidak semua perkara kita boleh dapat dengan mudah-mudah sahaja. Tidak semua benda yang dihajati kita boleh terlaksana. Itulah kesempurnaan seorang manusia. Tidak boleh ada semua.
Sekian,
Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts