3 Tahun yang mendewasakan

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 41

Assalamualikum w.b.t dan Bismillah.

Alhamdulilah. Setinggi tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah atas usia perkahwinan yang baru berusia angka 3 ini.

Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami.(7.10.12).

Tiada apa yang istemewa. Hanya ucapan terima kasih dan saling mendoakan untuk kebahagiaan bersama.

Setiap tahun ulangtahun saya mempunyai cerita tersendiri. Ketika tahun pertama saya ujian saya adalah nilai kepercayaan dan membina keserasian, kedua adalah dugaan anak pertama dan tahun ketiga ini penuh dengan pilihan dalam arah tuju dalam hidup.

Ia adalah tahun yang 'up and down'.

Apapun, saya tetap melihat apa yang telah berlaku sebagai hikmah yang tersirat. Ada sesuatu yang Allah mahu saya belajar. Dan nikmat itu yang saya sangat syukuri. Iaitu nikmat ujian.

Alhamdulilah. Terlalu banyak hikmah dalam perkahwinan.
Dan betapa saya bersyukur dikuniakan seorang suami.

Segala puji-pujian hanyalah padamu ya Allah.

Moga diri ini terus diberi kekuatan menghadapi cabaran di hari-hari mendatang.

Ameen

Comments

Popular Posts