Bermula Kehidupan Baru

Oleh : Siti Zakiah Meskam

Assalamualikum w.b.t dan Bismillah.

Hari ini, kita telah sampai ke penghujung tahun 1436 Hijrah dan esoknya kita akan memasuki hari pertama tahun baru 1437 hijrah.

Mulanya hari ini saya agak bersemangat. Iyalah, mahu mengakhiri tahun dengan sebaik-baiknya dan bersemangat memulakan hidup baru. Tetapi entah kenapa tiba-tiba saja datang perasaan putus asa dalam menghadapi kehidupan baru yang saya sendiri tidak pasti.

Untuk kembali fokus, saya latih diri dengan teknik pernafasaan. Dalam hati saya memuji Allah sebanyak-banyaknya atas nikmat yang Dia telah beri. Ini adalah terapi saya bagi menghadapi kekecewaan dalam berusaha dan putus asa. Sedikit sebanyak, hilang perasaan dukacita saya kerana terlalu banyak nikmat yang perlu saya hitung dan terlalu sedikit dugaan yang Allah nak uji.

Saya akui terlalu banyak ujian hati yang saya terima pada tahun ini. Terutama bila berhadapan dengan suami. Seboleh-bolehnya saya mahu untuk kekal gembira dan tersenyum dihadapanya, tetapi kerap kali saya tewas. Saya selalu kesal dengan diri sendiri yang gagal mencontohi sifat Nabi Muhamad S.A.W yang selalu tersenyum.

Untuk tahun baru ini, inilah keinginan saya yang paling besar. Iaitu menjadikan diri saya seorang yang tenang dalam menghadapi apa jua nikmat dan ujian dari Allah. Saya mahu menjadi orang yang sentiasa tersenyum dan sentiasa berjiwa tenang biar apapun yang berlaku.

Insha Allah,dalam tahun baru ini juga satu kehidupan baru bakal kami tempuhi. Saya dan suami akan berhijrah ke Negeri Pahang. Saya penuh berharap Allah s.w.t membuka lebih banyak pintu rezeki untuk kami disana, dan semoga saya lebih tabah dalam menghadapi suasana yang baru.

Buat kalian yang sedang membaca, mari kita bermuhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan pada tahun ini. Adakah bertambah amalan kita, atau semakin jauh kita dengan Allah.Mari juga berazam untuk menjadi lebih baik pada tahun yang baru dan bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan usia untuk menambah lagi bekal ke akhirat.

Semoga Allah megampuni dosa-dosa kita pada tahun yang lalu dan meringankan tubuh badan kita untuk menambah amalan pada tahun ini.


Ameen ya Allah.

Comments

Popular Posts