Quranic Law of Attraction

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 41

Assalamualaikum dan Bismillah.

Harini saya nak berkongsi tentang Quranic Law of Attraction (QLoA). Ini adalah kaedah yang saya buat sejak awal ramadhan haritu masa saya rasa sangat 'down' dan alhamdulilah hidup saya semakin tenang sekarang.

Tenang dan tenang.

saya guna QLoA bila saya beremosi (gelabah, sedih, terlalu gembira,muram,nervous dll) .
Caranya  :

1- Tenangkan diri
2- BERDOA agar Allah tunjukkan ayat yang tepat
3- DOA apa yang kita nak Allah cakap kepada kita
4- Kemudian buka al-Quran secara rawak. 
5- Baca ayat pertama yang kita lihat

Ayat QLoA saya yang pertama adalah Surah Luqman, ayat 20-28.
Menangis saya bila baca!

" Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah MENUNDUKKAN apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi untuk (kepentinganmu) dan MENYEMPURNAKAN nikmat-Nya untukmu lahir dan batin. Tetapi diantara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan. (31 : 20)"

Allah. Ketika itu saya rasa down dengan kerja,keluarga dan hidup. Saya rasa 'blur' dengan arah hidup saya. Tetapi Allah beritahu yang semuanya dia dah tundukkan untuk manusia.
Perkataan menunduk adalah bermaksud mudah. Dan secara tidak langsung Allah telah memberitahukan kepada saya bahawa hidup ini sememangnya MUDAH. Ini adalah permulaan, saya merasakan semuanya adalah MUDAH.

Hanya perlu seru (minta) kepada Allah sahaja.

Alhamdulilah. Saya rasa sangat bersyukur sekarang. Kini, bila saya ada masalah atau mahu meminta petunjuk, saya akan QLoA sahaja. Saya nak Allah berkata-kata dengan saya.

Dan ini membuatkan saya rasa nak  berCinta dengan Al-Quran.

Alhamdulilah. Terima Kasih ya ALLAH.

Ya. Hidup saya MUDAH, HALAL dan BERKAT.

Comments

Popular Posts