Makanan yang paling sedap didunia

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 42

Assalamualikun w.b.t dan Bismillah.

Kalaulah Islam itu boleh diibaratkan sebagai makanan,
Nescaya ia adalah makanan yang paling sedap didunia.
Dan tentu akan kaya si Penjualnya.
kerana berlumba-lumba orang mahu mendapatkannya.

Tetapi realitinya, 
Tidak semua orang nampak dan rasa sebegitu. 
Tak semua orang menikmati ISLAM sebagai makanan yang paling SEDAP didunia.
Tak semua orang mahu menyampaikan kepada orang lain yang ISLAM itu SEDAP.

Kerana apa?
Kerana mereka belum rasa kesedapan itu.

Walhal, inilah tuntutan dalam ISLAM. Iaitu menyebarkan kalimah shahadah ini kepada orang lain.

Ia adalah sebahagian tugas berdakwah. Iaitu mengajak orang kepada syurga.Mengajak kepada islam yang sebenar-benarnya.

Jika anda sedang membaca tulisan saya, Saya mahu mengatakan sesuatu.

Marilah menyebarkan agama tauhid ini kepada ramai lagi manusia.

Marilah kita berdakwah dengan medan yang kita ada.

Marilah kita sama-sama mengamalkan islam dengan ajarannya yang sebenar.

Marilah kita menjadi hamba Allah yang menyeru:

Seseungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah sekalian alam, tiada yang mempersekutukannya.

Semoga seruan kita ini diterima Allah.

Ameen.


Comments

Popular Posts