Ramai yang tidak sedar kita sebenarnya memarahi ALLAH!

Teks oleh : Siti Zakiah Meskam

Sudah dua hari Afi  tidak tidur tengahari. Budak, kalau selagi tak pejam mata bergerak sahajalah namanya. Kalau duduk diam tak apalah.Apa perasaan ibu muda bila berhadapan sebegini?Mahu saja dimarah si anak.mahu saja dipaksa sampai hati puas!
.
.

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak di'uji' dengan sesuatu yang tak kena dimata dan hati kita?

Selalukan.

Antara sedar atau tidak sahaja.

Biasanya kita buat apa kalau tak suka dengan ujian itu?

Masam mencuka. Seakan menyampah dengan ujian itu.Menyesakkan jiwa.Hidup terasa sempit dan kita rasa tiada lagi jalan keluar.

Itulah yang saya rasa dahulu. Lebih lagi diuji dengan orang yang paling rapat dengan kita.
Suami, anak, keluarga, sahabat.

Saya selalu menyalahkan 'orang' yang menyebabkan hidup saya serba tak kena, yang menganggu jiwa dan emosi.

Jahil sungguh ketika itu. Lupa yang Allah maha mengatur segalanya. Lupa yang semuanya itu datang dengan kehendak Allah jua.

Ada satu cerita yang saya tidak ingat sumbernya berbunyi begini.
Si isteri meminta suami membelikannya buah tembikai. Suami pun menunaikan keiginan isteri yang dicintai itu. Tetapi sebaik isteri merasai buah tersebut, suami pula dimarahinya.

"Iskkk..abang ni tak pandai pilih buahlah. Rasanya tak sedap.
kalau saya yang pilih mesti sedap".bentak si isteri.
Apa si suami jawab?

" Awak ini marahkan saya atau 'pencipta' buah tembikai ini?"

Nampak tak? Walaupun si isteri memarahi suami dalam tak sedar dia sebenarnya sedang memarahi orang yang menciptakan buah iaitu ALLAH!

Ketika suami membawa pulang buah tangan, yang diharapkan pastinya ingatan terima kasih, senyuman dan penghargaan.

Bukannya
"Ya Allah! Banyaknya abang beli. Ni siapa yang nak habiskan?"

"Laa...3 keping jer pisang goreng ni.Mana cukup ."

"Asyik-asyik beli karipap.Cubalah beli kuih yang sedap sikit"

"Abang tak belikan apa-apa k? Kan saya dah pesan nak cendol.Inilah abang, semua yang saya mintak tak pernah dapat! "

Tengok.

Terlebih salah. Cikit pun salah. Beli salah. Tak belikan pun salah.
Jadi mana yang betulnya?

Yang betulnya senyumlah. Ucap terima kasih. Puji dahulu.Nak komen apa-apa belakang cerita.

Ini baru contoh ujian yang kecil.Yang kadangkala kita tak sedar pun yang kita diuji. Belum lagi ujian besar, entah macamana tindakbalas kita.

Terlebih, sedikit, ada atau tiada semuanya rezeki dari Allah. Bukan dari sesiapa.

Belajarlah untuk melihat Allah dalam setiap ujian kehidupan.
Belajarlah untuk mengucapkan ALHAMDULILLAH pada banyak, sedikit, ada atau tiada.
Belajarlah untuk tenang dan sabar dalam setiap yang tak kena dihati.
Jadilah pelajar pada setiap ujian, bukannya guru!

Sungguh, saya belajar setiap hari.
Medan saya kecil dirumah, tapi peperangannya meletus di dalam hati.

Ya Allah. Bantulah kami untuk terus belajar dan memperbaiki diri.
Amin.

Comments

Popular Posts