Tips Perkahwinan- Bina Imaginasi Membahagiakan

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Gambar : Carian Google
Entri 31

Sebagaimana imaginasi boleh membunuh kebahagiaan hidup berumahtangga, imaginasi juga boleh membina kembali kebahagiaan rumahtangga berantakan. Inilah imaginasi yang baik iaitu yang menjemput kebahagiaan.

Semakin jelas imaginasi baik yang dicipta semakin cepat kebahagiaan itu datang.

Imaginasi yang baik adalah manifestasi seorang mukmin yang bertakwa kepada Allah.

Sungguh ajaib urusan bagi seorang mukmin, semua urusan adalah baik baginya. Jika dia ditimpa ujian, dia bersabar.Maka yang demikian merupakan kebaikan baginya.Jika dia diberi kebaikan dia bersyukur.Maka yang demikian merupakn kebaikan baginya.
(Hadith riwayat muslim)


Inilah dua kunci yang membentuk imaginasi yang positive. Iaitu SABAR dan SYUKUR yang sentiasa bergandingan.

Langkah-langkah membina imaginasi yang baik.

1- Betulkan niat berkahwin.

Berkahwin kerana mengharapkan keredhaan Allah. Mentaati suami kerana Allah suruh kita lakukan. Kita lakukan setiap pekerjaan dalam rumahtangga kerana mengharapkan redha Allah, yang jalannya melalui suami.

2- Tulis impian hubungan yang mahu dicapai.

Impian menjadi mudah apabila ia ditulis.Tulis dan tampal ditempat yang kita selalu lihat. Membaca impian setiap hari akan memberi maklumat kepada minda untuk melaksanakannya.

3- Buat Pengulangan&Penegasan ( Afirmation) 

Tidak cukup dengan menulis, anda perlu katakan setiap impiam dalam hati.Penegasan mengukuhkan lagi maklumat yang diberi kepada minda.

4- Tukarkan dalam bentuk gambar.

Minda suka kepada gambar. Tampal gambar-gambar keluarga bahagia yang anda impikan. Ini membantu mempercepatkan impian anda tercapai.




5- Hadirkan rasa syukur atas kurniaan Allah.

Rasakan yang impian kita telah betul-betul tercapai. Yakin, yakin, yakin , yakin dan yakin. Yakinlah tiada yang mustahil bagi Allah untuk memakbulkan impian yang juga hajat kita.
Cubalah mengaplikasikan cara ini. Kebahagiaan adalah milik orang yang berusaha.

Jika anda rasa masih sukar untuk mencipta kembali kebahagiaan, saya cadangkan anda menonton drama Selamat Pengantin Madu lakonan Fasha Sanda.

Lihatlah bagaimana dia melatih mindanya untuk berfikir positive walaupun dia tidak suka dimadukan.

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts