Dua peristiwa yang menginsafkan

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 26


Berzikir atau membaca zikir adalah dua perkara yang berbeza dan kebanyakan masa saya adalah membaca zikir bukan berzikir.

Ada dua peristiwa yang berlaku dalam hidup saya membuatkan saya menghayati zikir ini.

Pertama adalah ketika melawat sahabat yang dr sahkan tiada harapan untuk pulih.



Sahabat yang saya ziarahi mempunyai penyakit darah merah yang mudah pecah dan cair. Tiada apa lagi yang Dr boleh lakukan ketika itu dan hanya memberi bantuan tambahan darah. Ketika saya menziarahnya keadaanya terbaring dan separuh sedar.Darah merahnya yang pecah keluar hampir dari seluruh anggota badan.Mulut, hidung dan dubur. 

Saat itu betul-betul menginsafkan. Saya membayangkan diri saya ditempatnya.Seluruh anggota dalam tubuh badan saya Allah yang gerakkan. Ketika kita sihat kita tak ingat mahu bersyukur dengan kebolehan kita bernafas, makan, sihat , tetapi ketika sakit baru kita ingat kepadanNya.

Hanya inilah ucapan saya ketika melihat sahabat ini berjuang .Benarlah tiada daya dan upaya (menolak suatu mudarat atau mendatangkan manfaat) melainkan dari Allah s.a.w

Kedua adalah ketika saya mengajarkan Afi (1 Tahun 6 bulan) dengan flashcard HFW (high frequency Word) iaitu huruf yang banyak disebut di dalam al-Quran.

Saya mula memperkenalkan Afi dengan HFW ini sebagai permulaannya untuk membaca al-Quran. Sebulan saya flash HFW kepada Afi, tetapi tiada respon darinya. Bila saya pegang HFW yang diprint di kertas A4 dan tunjuk kepadanya, Afi pasti mengelak. Dia larikan diri. Dan saya hampir putus asa.

Sehinggalah pada suatu malam selepas maghrib saya ajak dia semula 'flash'. 

Tetapi saya mulakan dengan membaca doa yang dibaca oleh Nabi Musa ketika mahu berhadapan dengan Firaun.

Dalam hati saya berdoa agar Allah mudahkan saya berkata-kata agar anak faham dan mahu dengar apa yang saya ajar.

Subhanallah, habis sahaja saya membaca doa ini Afi terus menumpukan perhatian kepada saya. Malah dia khusyuk membelek HFW pula.

Dalam hati Allah sahaja yang tahu kegembiraan hati saya. Allah, tiada upaya melainkan dari Allah. 

Saya mendapat banyak pengajaran, Bukanlah kuasa saya anak mendengar kata melainkan Allah yang mengizinkan.

Dua peristiwa yang saya lalui ini benar-benar membuka mata hati saya akan keindahan zikir ini. Setiap perkara yang berlaku baik baik atau buruk hanyalah dengan keizinan Allah.

Malah, setiap ujian dalam perkahwinan membuatkan saya semakin sedar bahawasanya semuanya datangnya dari keizinan Allah. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.




Comments

Popular Posts