Pegganti Telivesyen

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 28

Saya bukan anti-TV .Tetap ada TV dalam rumah.
Tipulah kalau cakap tak tengok TV.Berpuluh drama dah hafal.

TV ni ada kebaikan dan ada keburukannya.Tinggal kita yang kene mengawal penggunaanya.
Sejak tahu keburukan TV, tablet,gajet untuk kanak-kanak, saya cuba tak bagi Afi leka sangat dengan 'petak 4 skŕin' semua tu.Masa Afi setahun dua bulan saya pernah bagi Afi tengok video. Punyalah dia fokus menghadap.

Memang, membiarkan anak menonton TV memudahkan kita membuat kerja lain. Tetapi kesannya kepada budak dalam jangka masa panjang.Nanti masa dia besar dia ada 'attention problem'.

Tak boleh nak tumpu perhatian, terutama waktu guru ajar sebab dia da terbiasa dengan pergerakan yang laju.

Saya pernah terbaca, kalau nak bagi anak tengok TV pun jangan lebih dari 1jam.Maksimum 2 jam.

Masa seminar didik anak dengan al-Quran, ada seorang ibu pun mengakui keburukan gajet. Dia kongsikan tentang anaknya yang dah sekolah rendah(dalam darjah 2). Anaknya tak suka menulis. Anak dia cakap menulis tu penat.Kalau tulis pun sekejap j.

Baru dia perasan masa anak dia kecil, anaknya banyak habiskam masa dengan gajet. Dan penceramah seminar tu bagitau itu mungkin sebab kemahiran motor halus (bahagian tangan dan jari) dia tidak berkembang dengan baik.

Rasanya terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anak menonton TV dan melayan gajet terlalu lama. Untuk permulaan, mulakan secara perlahan-lahan. Insha Allah, lama kelamaan anak sendiri akan melupakan TV.

Inilah antara aktiviti dimalam hari yang saya lakukan bersama anak saya, Muhamad Afi (1tahun 7bulan).


Buku dan cerita.

Cari mana-mana buku, bacakan untuk anak. Walaupun anak masih lagi tidak faham, ceritakan sahaja kepada mereka.Bercerita membantu perkembangan komunikasi kanak-kanak.


Lebih baik guna gambar yang besar dan 'real'. Mudah untuk anak kaitkan dengan kehidupan sebenar.

Macam ini saya pinjam dari pustakaan awam.

Jimat dan semestinya percuma.

Kalau takada buku boleh guna mana-mana gambar. Majalah atau surat khabar. Paling penting ikut minat anak.

Ini pula macam projektor. Memang menarik!

Saya ada pun sebab pengasuh Afi yang bagi. Rasanya supermarket ada dijual.

Nak memulakan tayangan memang kene tutup lampu.Mudah lepasitu anak nak tidur. Ada macam-macam pilihan gambar. Haiwan laut, haiwan darat, dinosur, angkasa lepas, jenis kenderaan.

Sambil tayang sebut juga nama gambar. Tambah vocabulary anak. Nak lagi menarik reka-rekalah cerita yang ada kaitan dengan gambar.

Kalau buat hari-hari memang mak-mak terpaksa jadi 'kreatip'!

Inilah wajah 'projektor' yang saya maksudkan.

Saya yakin, bila kita sudah berniat dan berusaha untuk mengurangkan waktu anak didepan TV pasti Allah akan bantu kita.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam mendidik anak menjadi muslim yang sejati.Ameen.

Comments

  1. Suka juga pergi pinjam buku perpustakaan. Lebih banyak variasinya kan. Jimat pun ya juga. Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts