Ini Tanggungjawab Kita (2)

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 24

Kepimpinan yang perlu dirangsang

Sebelum ini saya ada merumuskan, adalah menjadi kewajipan seorang isteri untuk memberi seluruh tumpuanya kepada suami dan pendidikan anak-anak.

Kali ini, izinkan saya berkongsi peranan dan tanggungjawab isteri kepada suami dalam membina lelaki sejati.

Bagi seorang isteri, suami adalah sumber ladang pahala dan sepatutnya menjadi tempat utama semua perhatian.Melalui dia, kita mendapat kasih sayang,perhatian, diberi makan dan pakaian, anak, harta dan sebagainya.Suami juga adalah bapa kepada anak-anak kita.

Adakah penting kepimpinan seorang suami?
Ya.Sangat penting untuk membentuk lelaki sejati.

Lelaki yang punya jiwa dan kemahuan yang tinggi.Lelaki yang bermula dirumah sebagai pemimpin, kemudian menjadi pemimpin untuk masyarakat, ditempat kerja, bangsa dan akhirnya dunia.

Imam Hasan al-Banna mengatakan:
"Lelaki adalah rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang menentukan kebangkitan mereka."

Sebab itu Allah berkata dalam al-quran,
" Lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita"

Bagi membentuk kualiti lelaki sejati berkepimpinan tinggi maka tidak lain acuaannya adalah dengan kembali kepada islam.

Untuk para isteri, jangan bersedih. Sehebat manapun kita wanita, memang tidak akan mampu menandingi kehebatan pimpinan seorang lelaki.

Lelaki ditinggikan darjat oleh Allah sebagai seorang suami, dan wanita ditinggikan darjat oleh Allah sebagai seorang ibu.

Duhai isteri, akuilah bahawa suamimu adalah ketua bagimu dan ketahuilah juga dibelakang seorang suami ada seorang isteri iaitu kamu yang menjadi tulang belakang bagi dirinya.

Comments

Popular Posts