Mengenal Allah sejak kecil

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 35

Assalamualaikum sahabat semua yang dirahmati Allah sekalian.Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Saya rasa para ibu sedia maklum bahawa usia 0-5 tahun adalah waktu yang terbaik untuk mengajarkan anak kerana ketika ini otak mereka berkembang sangat pantas dan mampu menyerap apa sahaja maklumat tanpa tapisan.

Oleh itu, gunakan waktu ini sebaik mungkin memprogramkan minda mereka mengenal dan berhubung dengan Allah yang akhirnya akan tersimpan dalam memori jangka panjang mereka. Insha Allah, anak-anak yang dikenalkan dengan Penciptanya sejak dari kecil bukan sahaja berjaya didunia malah cemerlang diakhirat dan menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Bagaimana membentuk anak yang dihatinya ada Allah?

Biasakan mereka dengan suasana ibadah didalam rumah. Maksudnya libatkan mereka secara langsung dalam kita bersolat, membaca al-quran, majlis-majlis ilmu dan dalam perbualan seharian.Sebagai ibu bapa, kitalah yang berperanan untuk menjadi model yang pertama seterusnya mewujudkan suasana rumah yang menyokong perkembangan mereka.

MENGAMBIL WUDHUK

Ajar anak untuk mengambil wuduk sebelum tidur. Boleh juga mengambil wudhuk selepas memandikan mereka.Sambil mengambil wudhuk , ibu boleh sahaja menyebut anggota badan yang terlibat.Sudah pasti anak turut belajar.Lakukanlah perkara ini sesegera mungkin, tidak perlu tunggu anak pandai bercakap atau berjalan baru mengajarkan mereka berwudhuk.

BERSOLAT

Biasakan untuk solat dihadapan anak-anak. Usahakan juga mengadakan satu sudut ruang solat didalam rumah.Dengan itu anak akan belajar pergerakan solat. Bila bersolat, ajak anak untuk bersolat bersama. Ajak sahaja tanpa memaksa, sediakan juga satu sejadah khusus untuknya. Pentingnya disini bukanlah kewajipan untuk anak belum baligh bersolat, tetapi pendedahan dari kecil akan menyebabkan mereka suka solat tanpa dipaksa.

BERDOA

Ajarkan juga anak untuk berdoa.Mulakan dari doa-doa yang mudah seperti doa
lepas bangun tidur, doa melihat cermin, doa memakai baju, doa makan, doa tidur, doa menaiki kenderaaan dan pelbagai doa lagi yang merupakn rutin harian.Doa melatih anak menyandarkan semua perbuatanya kepada Allah dan menjadikan jiwa mereka sebati dengan ayay-ayat al-quran.

KESIMPULAN

Mengenalkan pencipta kepada anak sejak kecil ibarat mengukir diatas batu.Ia memerlukan tindakan yang sentiasa berterusan walaupun sedikit tetapi kesannya lama.Seperti aktiviti diatas yang hanya memerlukan beberapa minit sahaja.

Aktiviti diatas lebih baik daripada membazirkan waktu emas mereka dengan pelbagai unsur ganas, cerita tidak bermoral,dan kartun-kartun yang akhirnya disanjung lebih daripada Penciptanya.

Sekian, semoga bermanfaat.
 

Comments

Popular Posts