Ke Kelantan kita

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 34

Istimewanya hari Raya Qurban tahun ini, saya dan keluarga akan berhari raya di Kelantan. Orang kata meriah sambutan raya qurban di Kelantan, tidak seperti negeri lain. Lebih-lagi bersama keluarga, tak sabar rasanya!.

Kalau diikutkan, keluarga saya bukanlah berasal dari Kelantan.Tetapi niat beraya di kelantan kerana mahu menziarahi seorang makcik yang berkahwin dengan orang kelantan dan kini menetap disana. Sambil-sambil itu dapatlah makan angin dan melihat perbezaan negeri lain.

Bila nak ke Kelantan , maklah orang yang paling sibuk menyiapkan barang-barang. Tak sah kalau tak bawakkan makanan johor untuk diberi untuk orang disana. Balik rumah malam tadi sahaja dah tersiap sedia tempe, kerepek pagoda, kuih dram (atau biasa saya sebut kuih telinga keling), dan macam-macam kerepek lagi.

Petang ini kami akan bertolak kerumah makcik diKuantan dahulu sebelum konvoi bersama-sama ke Kelantan.

Semoga perjalanan kami lancar dan doakan kami selamat sampai dan kembali ke johor.

Comments

Popular Posts