Ini Tanggungjawab Kita (3)

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 25

Bagaimana merangsang kepimpinan seorang suami

Jika diibaratkan, wanita adalah umpama seorang pendidik dalam keluarga termasuk juga pendidik bagi suami.

Bagaimana sifat seorang pendidik atau mudah kita panggil cikgu?

Cikgu suka melihat anak muridnya berjaya. Cikgu akan sentiasa mendidik anak muridnya walaupun anak muridnya sering melakukan kesilapan dan tidak mengikut nasihatnya. Kerap kali, cikgu yang baik akan sentiasa mendoakan anak muridnya dan percaya bahawa suatu masa anak muridnya akan berubah menjadi baik dan akhirnya berjaya walaupun anak muridnya mulanya seorang yang nakal.

Begitulah gambaran seorang guru yang baik lagi mulia.
Dan begitu jugalah gambaran seorang isteri yang mulia lagi luar biasa.

Sungguh, mencapai tahap sebegitu sememangnya sukar tetapi tidaklah mustahil.

Sebagimana seorang isteri pandai merangsang kelelakiaan seorang suami, maka kepimpinannya juga harus dirangsang.

Apakah kebaikan kepimpinan bagi seorang lelaki?

Semua lelaki adalah ketua. Yang membezakan adalah kualitinya. Ketua yang baik akan lebih maju kehadapan. Dia mempunyai matlamat yang jelas untuk seluruh ahli keluarganya, kuat bekerja, tahan cabaran, lebih menghargai pasangan, sentiasa bersemangat dan berwawasan tinggi.

Rasulallah bersabda,
Orang yang paling baik antara kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu dengan keluargaku.

Nah.Kualiti ketua yang baik bermula dengan ahlinya iaitu keluarga dan sudah tentu contoh yang terbaik sudah ada iaitu pada diri Rasulallah s.a.w.

Walaupun lelaki dilahirkan dengan gen ketua, kadangkala sesetengahnya memerlukan rangsangan dan dorongan yang lebih untuk membentuk kualiti ketua yang baik.

Disini pentingnya peranan seorang isteri dalam membantu suami meningkatkan kualiti kepimpinan mereka.

Saya teringat dengan mak mertua. Orangnya tidaklah belajar tinggi mana, tetapi saya sangat kagumi cara beliau mengendalikan suaminya (bapa mertua) tanpa wujud suasana tegang.

Kadangkala beliau berseloroh,
" Nak jinakkan lelakinya senang sebenarnya. Ada Kuncinya. Tapi mak tak nak bagitau apa. Sengaja mak simpan.Rahsia! " katanya ketika berbual bersama sambil tersenyum memandang suaminya.

Dalam hati tertanya-tanya apakah KUNCI yang dimaksudkan oleh mak mertua?
Sudah tentu saya pun mahukan petuanya.
Mahu bertanya lebih, malu pula. Lagipun secara terangan sudah diberitahu rahsia.

Dalam diam saya hanya memerhati cara beliau.

Saya yakin sebenarnya tiada rahsia.

Akhirnya berdasarkan pengamatan dan disahkan melalui pembacaan bahan ilmiah, saya jumpa juga kuncinya.

Kuncinya mudah, perlu pandai mengurut ego suami.

Sebelum pandai mengurut ego orang lain, isteri perlu pandai mengurus dan mengawal ego dan emosi diri sendiri.

Bagaimana mengurut ego suami?

Mak mertua kata lagi. "Orang lelaki ini egonya tinggi, kita perlu pandai 'tackle'. "

Isteri perlu pandai mengurut ego suami agar egonya terkawal dan akhirnya tindakan suami akan berasaskan kepimpinanya bukan berasaskan egonya.

Ego lelaki dapat diurut dengan isteri melakukan perkara yang menyebabkan suami merasakan dirinya :
1- Dihormati
2- Disokong
3- Didorong

Ketiga-tiga perkara ini dapat dilakukan dengan cara berikut:

1- Hargai setiap pemberian suami.Baik kecil mahupun besar. Baik lambat atau cepat.
Walau belikan kita baju 2 tahun sekali. Tetap puji. Jangan diungkit tahun lepas tak berbaju baru.

Ucapan terima kasih sangat penting.

2-  Jaga lisan bila berkata-kata dengan suami.

3- Nak tahu sesuatu. Kekuatan wanita adalah dengan rasa diri lemah dan sebab itu dia perlu mempamerkan dia benar-benar perlukan suaminya.

Dan suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan oleh isterinya.Sebab secara semulajadi lelaki memang bangga menjadi hero.

4- Apabila suami perlu sekali sekala menjauhkan diri, tanya bila dia cukup bersedia

5- Jangan ganggu suami ketika dia asyik melakukan sesuatu yang digemarinya

6- Elakkan dari memberi nasihat kepada suami jika tidak diminta.

7- Elakkan dari membuat suami rasa serba salah, tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.

8- Elakkan dari mencabar suami

9- Apabila berselisih faham, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.

10- Beri perhatian yang sewajarnya kepada suami. Beri layanan terbaik dan sesekali masakkan makanan kegemarannya.

Apapun, yang paling penting adalah isteri perlu membaiki niat setiap hari untuk berkidmat kepada suami kerana Allah.

Insha Allah, niat yang baik akan menggerakkan semua anggota badan isteri untuk menjalankan tanggungjawab berumahtangga dengan ikhlas.

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts