Entri 3 : Cabaran Menulis di ABDR

Oleh : Siti Zakiah Meskam

Saya ingin berkongsi sesuatu. Perasaan yang saya alami setelah berdaftar di ABDR. Tugasan pertama saya di dalam ABDR iaitu entri perkenalan mengambil masa lebih kurang 2minggu. Ya, sangat lama. Pada mulanya saya sendiri agak terkejut dengan tempoh masa yang saya ambil untuk siapkannya.Susahnya untuk menulis.

Walaupun tips dan panduan sudah diberikan oleh cikgu  anys, tapi saya masih gagal untuk mengeluarkan entri sehari satu.

Dalam hati saya , kenapa orang lain boleh tapi saya tak boleh. Kerja memang tak pernah habis. Bagun pagi sudah sibuk dengan persiapan nak ke kerja, beg anak perlu dikemaskan, sarapan dan makanan tengahari perlu disiapkan, baju yang kotor perlu dibasuh. Semuanya perlu disiapkan sebelum 8.00 pagi.
 Sampai di tempat kerja pula kene fokus dengan kerja. Tiada istilah curi2 masa untuk buat perkara lain. Kalau ada pun saya kene fikir 10-30 kali kerja saya yang melambak tu siapa nak siapkan. Dalam meeting saya juga yang kena hentam dan menjawab. Kalau saya nak kerja lebih masa memang tidaklah jawabnya. Rehat pula saya gunakan untuk tidur sebentar dan makan tengahari. Cukup jam 5.30 ptg saya dah siap2 kemas barang untuk bergerak balik ambil anak. Sampai dirumah kene layan anak, pam susu untuk bekalan anak esok hari dan siapkan makan malam kalau belum masak paginya.  Konon- konon lepas solat isyak nak siapkan entri, tapi tertidur pulak sambil tidurkan anak.

Berulang - ulang rutin saya macamtu. Harini semangat merancang, esoknya bagun tidur perkara yang sama juga berulang. Dalam buku catitan memang saya sudah letak matlamat untuk siapkan tugasan dalam masa seminggu. Pening saya. Dalam hati berkira-kira sempat atau tidak nak habiskan kelas di ABDR dalam masa sebulan seperti yang dirancang.

Satu pagi saya beritahu cikgu anys yang saya perlukan tips dari beliau. Apa yang beliau balas? Tiada tips yang khusus untuk terus berblog pun.

Mulanya saya agak terpaku.Niat untuk meluahkan perasaan dari seorang anak guru kepada cikgunya tidak di layan. Nasihatnya hanya teruskan menulis dan publish terus tanpa fikir panjang.

Nak Seribu Daya Taknak Seribu dalih.

Sejak saat itu saya nekad. Kalau MAHU, buat sampai MAMPU!
Kalau masih beralasan maksudnya belum cukup tinggi lagi kemahuan.

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. Jangan berhenti, Teruskan melangkah.

Buat rakan-rakan yang mengalami keadaan seperti saya, nantikan entri saya berkenaan halangan yang menyebabkan kita gagal bertindak walaupun impian dan matlamat telah dibuat.

Teruskan usaha kita, jangan mudah berputus asa.

Comments

Popular Posts