Entri 4: Jadilah Seorang Perempuan

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Sumber : Petikan buku keluarga romantik & harmoni

Ini adalah petikan yang saya ambil daripada sebuah buku bertajuk Keluarga Romantik & Harmoni karya nawwal al-sari'.

Penulisan beliau sangat terkesan di hati saya yang mana mengajak kita untuk kembali kepada fitrah kejadian kita. Terkadang kecelaruan dan masalah yang kita hadapi disebabkan kita lari dari fitrah penciptaan Allah.

Saya kongsikan disini tulisan beliau untuk dijadikan renungan dan pedoman kita bersama.

Semoga bermanfaat.
===================================

Perempuan diciptakan dengan kelemahan dan kelembutannya.Sebaliknya lelaki diciptakan dengan kekuatan dan akal yang dimilikinya.Oleh itu, ketika di antara keistmewaan ini hilang maka akan rosaklah karakternya.

Kekuatan perempuan ada pada kelemahannya dan kekuatan lelaki terletak pada akalnya.

Allah s.w.t telah memberikan peranan bagi keduanya sesuai dengan kedudkan dan sesuai dengan keistemewaan yang dimiliki masing-masing.Meskipun perempuan lebih banyak ilmunya, tetapi jawatan dan kedudukannya di mata suami ialah seorang perempuan dan seorang isteri.

Wahai saudariku, jangan sesekali membuka rahsia suami, jangan mengungkit-ungkit kekuranganya, berbanggalah dengan kelakiannya,kehormatannya dan kegagahannya. Ceritakan apa yang baik tentang dia , lalu ubati yang buruk dengan bijak,cinta dan kasih sayang.

Ketahuilah bahawa dia untuk anda, dan anda untuk dia.Jadikan diri anda sebagai kekasih suami,ibu,sahabat dan saudara.

Berusahalah untuk selalu menjadikan rumah anda sebagai tempat istirehat. Tempat yang selalu dirindui suami sehingga dia ingin segera cepat pulang dari tempat kerjanya,merasa tenteram,senang dan bahagia di rumah.

Dengan demikian, anak-anak juga dapat merasa keseleaaan, kebahagiaan dan rasa cinta serta kasih sayang. Cinta akan tumbuh dalam diri mereka, akan sayang dan cinta ketika melihat ayah mereka yang puas dengan keluarganya dan ibu mereka yang selalu mendidik mereka.

Dengan demikian, anak-anak tumbuh besar dengan moral dan semangat al-quran ,sunnah Rasulullah s.a.w dan semua itu tidak akan dapat berlaku kecuali dengan menjalankan perintah-perintah Allah dan petunjuk Rasulallah s.a.w

Comments

Popular Posts