Entri 1 : Pengenalan Diri

Salam Ukuwah
Teks : Siti Zakiah Meskam

Assalamualaikum W.B.T


Salam taaruf dari saya. Elok rasanya kalau saya perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Siti Zakiah Bt Meskam.Lahir kedunia  pada 25 Januari 1988 di hospital Muar. Merupakan anak keempat kepada pasangan Meskam Bin Muhamad dan Saniah Bt Amat. Sudah berumah tangga dengan Muhamad Shahid Zaini dan baru memiliki seorang buah hati lelaki berusia 1 tahun 2 bulan.Kini saya menetap di Taman Seri Orkid, Skudai Johor.

Sememangnya saya anak jati Johor.Dari sekolah rendah sampai ke universiti saya hanya belajar di negeri ini. Teringin juga untuk merantau ke negeri orang lain. Bermula sek.rendah di sek.keb felcra sg ara.saya kemudiannya mendapat pendidikan di sek.men.keb tun habab kota tinggi. Pendidikan sekolah menegah diteruskan lagi ke MRSM Muar kerana mendapat keputusan yang agak cemerlang. 

Allah sangat memudahkan urusan saya dalam bidang pendidikan. Saya mendapat tawaran belajar terus ke peringkat ijazah di universiti teknologi malaysia, UTM skudai tanpa perlu melalui setahun matrikulasi. Keistemewaan ini hanya ada untuk sekolah-sekolah di bawah MARA tetapi saya perlu melalui 5 bulan kelas asasi dahulu sebelun diterima masuk ke peringkat ijazah. 

Tawaran itu saya dapat ketika baru sahaja 6 hari bekerja sebagai operator kilang sementara menunggu keputusan SPM di sebuah kilang membuat komponen basikal di gelang patah. 
Inilah pengalaman pekerjaan saya yang pertama dan pertama kali merasa memegang duit sendiri walaupun hanya mendapat RM 350.00.

Habis asasi 5 bulan saya terus mengambil kejuruteraan  elektrik dalam bidang kuasa selama 4 tahun. Disamping menjadi pelajar saya sangat suka untuk berniaga kecil-kecilan. Saya pernah menjual nugget di kampus, menjadi agen topup dan menjual makanan ringgan. Hasil ketika itu tidaklah seberapa kerana ketika itu saya buat pun sekadar suka-suka.

Perasaan suka berniaga mungkin datang dari DNA nenek yang dulu memang mempunyai gerai makanan dan emak yang mengambil tempahan membuat kuih dederam atau saya suka panggil  kuih telinga keling.

Tetapi cita -cita untuk berniaga memang tiada ketika itu disebabkan perasaan teruja untuk menjadi engineer setelah penat belajar. Alhamdulilah, urusan saya dipermudahkan lagi. Saya mendapat tawaran bekerja di Boustead Naval Shipyard di Lumut, Perak ketika masih lagi di semester akhir.Gembira dan lega kerana jaminan pekerjaan sudah ada.

Saya cuma sempat berehat selama sebulan selepas tamat ijazah sebelum terus bekerja sebagai teknikal esekutif di boustead perak.saya ditugaskan sebagai design engineer utk bahagian elektrik bagi projek kapal-kapal TLDM.Tetapi ketika itu department kami masih lagi baru dan tidak ramai senior-senior yang boleh dirujuk. Sudahlah baru, saya perlu belajar dari bawah kerana terma dan perihal kapal memang saya tidak pernah tahu.

Department kami memang ditubuhkan khas untuk menguruskan projek membina kapal peronda yang baru untuk TLDM.Ramai antara kawan -kawan satu jabatan ditawarkan untuk dihantar ke France bagi belajar design untuk projek tersebut.Saya juga berpeluang untuk dihantar berkrusus kesana tetapi akan terikat dengan syarikat untuk bekerja selama lebih kurang 6 tahun  

Memandangkan ketika itu saya ingin berkahwin dan tidak mahu terikat dengan kerja diperak, saya mengambil keputusan untuk mencari kerja lain di johor. Alhamdulilah, saya diterima bekerja dengan syarikat swasta sebuah perunding m&e .Walaupun gaji yang ditawarkan lebih rendah dari pekerjaan di lumut, saya tetap terima. Saya tidak rela berulang alik ke johor setelah berkahwin tambahan perkahwinan jarak jauh bukan pilihan saya. Saya kemudiannya meninggalkan Lumut selepas 2 bulan berkahwin dan bermula kembali hidup saya di negeri sendiri.

Ketika kami berkahwin, suami masih lagi pelajar di tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di uitm shah alam manakala saya di johor.Sempat juga merasa perkahwinan jarak jauh tapi hanya setahun sahaja. Selepas mengandung dan bersalin, saya berkira-kira untuk berhenti kerja. Entah kenapa, perasaan untuk menjaga dan mendidik anak sendiri terasa sangat kuat. Terasa rugi bila anak yang dilahirkan sendiri di jaga dan diasuh oleh orang lain.Berdasarkan bacaan saya, tempoh dari bayi lahir sampai ia berumur 6 tahun adalah tempoh otak minda luar sedarnya sedang berkembang. Bermaksud, apa yang dia lihat, apa yang dia rasa, apa yang dia belajar, ketika itu akan kekal menjadi tabiat sepanjang hidupnya.Sebagai seorang ibu, saya mahu memberikan pendidikan awal yang terbaik kepada anak-anak.

Tetapi untuk berhenti kerja tanpa ada sumber kewaangan bukanlah tindakan yang bijak. Saya mula menggali minat dan kemahiran yang saya ada untuk dijanakan menjadi sumber rezeki.Saya mula mencari peluang pekerjaan yang membolehkan saya bekerja dari rumah.

Seperti wanita-wanita lain, saya suka untuk menjahit baju, membuat sarung bantal sendiri, memasak dan membuat barangan kraft.Saya juga suka dalam kerja-kerja membuat design poster atau pamplet dan sebagainya.Buat masa ini, minat yang saya buat hanya untuk keperluan diri sendiri. 

Walaubagaimanapun, minat yang paling saya suka adalah membaca.Kebanyakan bahan bacaan saya berkisar tentang motivasi kekeluargaan dan pendidikan anak-anak dalam islam.


Insha allah, disini saya akan kongsikan segala maklumat untuk memperkasakan suri rumah menjadi agen penyebar kebaikan bagi seisi keluarga.Saya juga ingin berkongsi perjalanan hidup saya untuk menjadi WAHM. Berbahagialah menjadi wanita kerana tangan yang mengoncang buai mampu mengoncangkan dunia.Perkongsian ini juga adalah peringatan dan didikan untuk diri saya agar menjadi isteri dan ummi yang terbaik untuk keluarga dan akhirnya menjadi 'qurratu 'aiyun' atau penyejuk mata seperti yang diidam idamkan.

Saya sangat mengalu-alukan segala pendapat dan kritikan membina dari para pembaca sekalian.

Akhir kata, 
Salam Ukuwwah dan salam berkasih saang dari saya insan yang kerdil ini.


Comments

Popular Posts