Entri 2 : Tip Membuai Anak

Oleh : Siti Zakiah Meskam

Saya ingin mengajak ibu, mama, emak, ummi atau apa saja panggilan anda untuk berfikir sejenak. Adakah anda yakin dengan kata-kata tanggan yang membuai anak mampu menggoncangkan dunia?

Kalau anda letakkan diri anda adalah tangan orang yang membuai anak itu, anda yakin tak?

Yakin apa?

Yakin anda mampu menggoncang dunia!

Hmmm.mesti ramai yang berfikir 2 , 3 kali macamana mahu menggoncangkan dunia.

Saya yakin ramai yang mengiakan pepatah ini tetapi tidak ramai yang memikirkan perkara tersirat disebaliknya.

Ok, tadi anda adalah orang yang membuai anak. Bagaimana anda membuai anak anda ?
Gunakan kaki, tanggan,guna mesin automatik atau minta orang lain yang tolong buaikan. Membuai anak tapi mata melihat tv, buai anak kemudian biarkan dia tidur sendiri,buai anak sambil mengalunkan zikir atau memaksa-maksa anak untuk cepat tidur.

Kalau anda jadi bayi yang dibuai agaknya sama tak perasaan kalau dibuai dengan tanggan ibu sendiri,dibuai sambil ibu memandang dengan senyuman dan mengalunkan zikir dengan membuai anda endah tak endah sahaja.
Mesti berbeza perasaan yang dibuai dengan kasih sayang dan dibuai dengan sambil lewa.

Saya bukanlah mahu mengondem cara kita membuai anak tetapi saya cuma mahu kita berfikir. Cara kita mengasuh dan mendidik anak , menjadikan siapa anak kita itu. Mungkinkah tanggan yang membuai anak sambil lewa mampu menggoncangkan dunia?

Perbuatan membuai itu hanyalah satu contoh perbuatan. Tetapi yang menjadi watak utamanya adalah pembuatnya iaitu empunya tangan yang membuai.

Sikap pembuat itu terhadap perbuatannya menentukan akibat dari perbuatannya.

Pstt..sudah ada yang pening?hihi

Bagaimana menggoncang dunia?

Anda pernah buat air shake?. Ala, goncang-goncang air tu. Ada beza tidak bila anda gonccang dengan kuat atau tiada tenaga untuk menggoncang.

Pasti berbeza hasilnya!. Rasa air shake yang digonccang dengan kuat lebih sebati dan lebih halus  malah sedap.

Goncanggan itu mampu memberi perubahan.
Samalah dengan perbuatan kita membuai anak sebenarnya mampu memberikan perubahan kepada dunia. Membina dunia yang lebih baik.

Perubahan tidak datang secara tiba-tiba.Tetapi perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat. Ia perlu dimulakan dengan diri sendiri, kemudian keluarga, masyarakat, negara dan akhirnya dunia. Perubahan juga ada dua kemungkinan iaitu berubah menjadi lebih baik atau berubah menjadi lebih buruk.

Sekali lagi, perubahan adalah akibat  disebabkan sikap pelakunya terhadap perbuatanya.

Diringkaskan ,

Pembuat + perbuatan = Akibat ( perubahan )

Sebagai seorang ibu, kita telah diberikan satu anugerah daripada Allah iaitu anak.
Anak juga adalah satu amanah dari Allah dimana kita perlu didik,asuh,jaga mengkikut perintah Allah.

Sebagai seorang ibu, yakinlah ditanggan ada satu berlian yang sangat mahal yang mampu mengilaukan satu dunia.

Ditangan anda, ada suatu barang berharga yang mana harganya melebihi semua yang berharga didunia. Emas seggunung pun tidak mampu menandingi nilainya.

Semakin tinggi keyakinan anda sebagai seorang ibu, semakin tinggi lagi keyakinan anak anda.

Persoalannya, anda sebagai watak utama bagaimana dan kemana anda gunakan barang berharga anda itu?

Comments

Popular Posts