Ini Tanggungjawab Kita (1)

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 22

Assalamualaikum semua.

PENGENALAN

Izinkan saya berkongsi tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang wanita melalui pembacaan dan pemahaman saya.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan lelaki dan perempuan berbeza secara semulajadi. Dan sudah tentu ini menunjukkan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan juga berbeza.

Islam telah mengangkat darjat wanita dan menjadikan wanita setaraf dengan lelaki dan perlu diketahui bahawa ukuran kejayaan wanita adalah bergantung kepada hak dan tanggungjawab yang telah ditunaikan.

Diriwayatkan bahawa Ummu Humaid, isteri kepada Abu Humaid al-Saidi r.a datang bertemu Nabi S.A.W lalu berkata :
Wahai Rasuluallah, saya suka sembahyang bersamamu.
Baginda bersabda:
Saya tahu engkau suka sembahyang bersama saya tetapi sembahyangmu di tempat tidurmu lebih baik daripada sembahyangmu di bilikmu,
Sembahyangmu di bilikmu lebaik baik daripada sembahyahmu di dalam rumahmu,
Sembahyangmu didalam rumahmu lebih baik daripada sembahyangmu di masjid kaummu,
Sembahyangmu di masjid kaummu lebih baik daripada sembahyangmu di masjid saya ini.
Lalu wanita itu menyuruh supaya dibina ubtuknya sebuah tempat sembahyang paling tersorok dan paling gelap dibilik tidurnya. Dia sembahyang disitu sehingga dia menemui Allah azza wa jalla.
~ Riwayat Ahmad serta Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban

Hadith ini jelas menunjukkan tempat yang terbaik bagi wanita meraih pahala adalah daripada rumahnya. Manakala badan institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga adalah wajib dan tidak boleh dipandang remeh.

Islam telah meletakkan bahawa wanita mempunyai tugas yang semulajadi dirumah iaitu di rumah dan bersama anak-anak.

Sebagai anak gadis, dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga kelak.

Sebagai isteri, dia perlu memberikan seluruh tumpuanya kepada urusan rumah dan suaminya.

Ada hak yang perlu isteri tunaikan iaitu hak kepada suami dan hak mendidik anak-anak. Isteri adalah surirumah dan pengurus rumahtangga.

Comments

Popular Posts