Bermain sambil belajar

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 23

Assalamualaikum dan salam ceria.

Izinkan saya berkongsi tentang aktiviti saya dan Afi bermain dirumah.

Kanak- kanak memang suka bermain dan mereka belajar melalui permainan. Ini adalah cara semulajadi seorang kanak- kanak belajar.

Sebagai seorang ibu, elok sekiranya kita meluangkan masa berkualiti bersama anak dengan bermain bersama mereka. Perkara ini akan menyebabkan anak kurang bermain dengan tab, handphone, menonton telivesyen dan akan mengikat kasih sayang.

Saya suka mengajak Afi bermain bola dirumah. Afi juga suka dengan bola. Sejak kecik dia sangat sukakan benda yang bergerak seperti tayar, stereng, kipas dan banyak lagi.Mungkin kanak-kanak lelaki fitrahnya memang sebegitu.

Bermain bola dapat mengasah kemahiran sensor motor kanak-kanak, membantu pergerakan koordinasi tangan dan kaki dan mereka belajar mengimbang dan menganggar jarak.

Saya mula perasan pada usia setahun 6bulan Afi sudah boleh menangkap bola, mula menendang, memusingkan bola(seperti gasing), dan melantunkan bola. Untuk permulaan, Afi masih bermain dengan pergerakan bola yang perlahan tetapi saya kira ia satu perkembangan yang baik.

Saya juga perasan ketika usianya Setahun empat, Afi boleh memegang pensil tanpa kekok.

Ketika bermain bola, pelbagaikan aktiviti seperti berikut :

1- Membaling dan menangkap bola
2- Memasukkan bola ke dalam sasaran
3- Memusingkan bola
4- Melantunkan bola ( bumb bola sebanyak yang boleh )
5- Menendang bola menggunakan kaki

Cubalah menjadi ibu yang kreatif dengan mempelbagaikan lagi cara kita bermain dengan anak. Mahal atau murah sesuatu permainan itu tidak penting, tetapi yang penting anak anda seronok bermain. Kerana kanak-kanak hanya belajar apabila mereka seronok bermain.

Insha Allah, saya akan cuba menyertakan gambar sekali untuk manfaat ibu-ibu lain agar mudah faham.

Sekian.
Semoga Bermanfaat

Comments

Popular Posts