Bangkit setelah Gagal

Oleh : Siti Zakiah Meskam
Entri 20

" Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi orang yang berjaya adalah orang yang bangkit daripada kegagalan "

Daripada kata-kata ini, dapatlah kita fahami bahawa apa yang membezakan antara orang berjaya dan orang yang gagal adalah TINDAKAN mereka.

Semua orang pernah mengalami kegagalan, kekecewaan, keperitan, kepedihan dan kesakitan dalam hidup.

Saya juga telah, sedang dan akan melaluinya.

Ia ibarat tetamu dalam hidup yang datang dan tak diundang.Tetamu yang sengaja Allah hadirkan agar memberi peringatan kepada hati kita untuk kembali kepadaNya.

Sepertimana pengalaman mengajar kita, begitu jua kita perlu belajar dari tetamu tidak diundang ini. Tetamu ini semakin bertambah dan bertambah. Bilamana saat itu datang, belajarlah untuk melayan tetamu yang kita tidak sukai itu dengan baik.

Sesiapun tetamu kita, dia adalah pembawa rezeki dalam hidup. Layanlah tetamu kita seistemewanya meskipun cara dan tingkahlakunya tidak kena di hati kita.

Nabi kita pernah berpesan, jika berkunjung dan menumpang di rumah orang, jangan lebih daripada 3 hari.Begitu jua dengan tetamu ini. Jangan dibiarkan dia menginap dihati kita lebih dari 3 hari.

Ketika itu, berusahalah untuk bangkit setelah kecewa. Berusahalah untuk redha dengan tetamu tidak diundang dan kembali bersemangat meneruskan perjuangan.

Kuatkan kembali "Big WHY" dalam perjuangan dan impian kita. Kenapa kita mesti mengalah dengan kegagalan sementara? Perjuangan kita mesti lebih besar daripada kegagalan.

Perjalanan hidup kita belum tamat.
Tetapi jika kita berhenti, kita sendiri yang menamatkan perjalanan.

Senyum cikit =)
Selamat Bangkit dari kegagalan!

Comments

Popular Posts