Entri 5 : Perkahwinan - Belajar Bersabar


 Oleh : Siti Zakiah Meskam
Gambar : Simpanan peribadi

Perasaan nak kahwin itu seronok, sudah kahwin lagi seronok. :)

Tapi kenapa selepas bertahun-tahun kahwin rasa tidak seronok pula ?

Perkahwinan itu didasari oleh dua perkara besar iaitu rasa CINTA dan TANGGUNGJAWAB. Semua orang boleh untuk bercinta,Tetapi tidak ramai yang bertanggungajawab terhadap cintanya. Kerana tanggungjawab memerlukan 'komitmen' yang tinggi iaitu daya tahan untuk kekal memegang amanah walau keadaan suka atau tidak.

Saya tidak mahu menyentuh tentang peranan sang suami sebagai seorang nakhoda kapal. Merubah diri sendiri lebih mudah berbanding merubah orang lain. Oleh sebab itu sebagai seorang isteri perlunya kita banyakan muhasabah diri daripada banyak membebel pada suami. Ingatan untuk diri saya juga.  ;D

Ada dua pelajaran yang terpenting dalam perkahwinan.Bilamana ada dua perkara ini dalam diri kita, saya percaya anda akan semakin bahagia melayari bahtera perkahwinan walau sekuatmana badai yang datang melanda. Perkara itu ialah SABAR dan SYUKUR.

Wanita yang bersabar Allah janjikan syurga baginya. Pada ketika mana kita perlu bersabar ?

Pada ketika saat kita diuji.

Macamana nak tahu kita sedang diuji?
Bila kita tidak suka dengan perkara yang menimpa kita.

Ada Allah uji perkahwinan yang tidak dikurniakan anak. Bersabarlah.
Ada pula Allah uji perkahwinan jarak jauh.Suami diutara, isteri diselatan.
Ada pula Allah uji dengan pasangan yang ditimpa penyakit.
Ada pula Allah uji dengan isteri yang tidak mahu duduk dengan suami.
Ada pula Allah uji dengan suami yang pendapatannya hanya cukup-cukup makan.
Malah si isteri pula yang menyara suami.


Bermacam-macam cara Allah uji kita. Bersabarlah kalian.

Bersabarlah dengan sebenar-benar bersabar. Saya tahu tidak mudah untuk bersabar.
Tetapi tenangkah kita andai sentiasa bergaduh dan bermasam muka?
Saya pernah dan kerap mengalami fasa ini. Jujurnya, bermasam muka tidak menjadikan kita tenang. Dan tidak menjadikan kita isteri yang dicintai.

Kalau sentiasa senyum dan tenang sahaja pasti suami pun suka. Suami pun jadi tenang.

Bersabarlah dengan meyakini, " Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang SABAR"

Ada satu amalan yang saya suka kalau kalian turut sama amalkan. Saya percaya apabila kalian lakukan ini ketika diuji, pasti hati akan hadir tenang.

Ambil tangan kanan dan letakkan dada kiri anda.Letakkan dekat dihati. Letak sampai anda dapat rasa denyutan jantung anda berdegup. Kemudian anda baca ini,

Jangan kamu takut.
Jangan kamu bersedih hati.
Sesungguhnya Allah bersama-sama kita.

Inilah amalan yang diajarkan oleh Ustaz Shahran (Kalau saya tidak silap namanya) semasa menonton Tanyalah Ustza pagi tadi.

Bacalah dengan setinggi-tinggi pengharapan kepada Allah dan Allah akan hadirkan ketenangan dalam diri kita bagaikan air sejuk yang menyejukkan hati.Sabarlah ketika diuji kerana Allah sebenarnya sedang mengatur sesuatu yang terbaik buat kita.

Yakinlah !.

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts