Engineer Muda

Sedikit perkongsian tentang bos saya.Saya kira baik untuk dikongsikan untuk renungan bersama.

Untuk makluman, bos saya adalah seorang cina dan bukan islam.Menurut cerita 'client-client' yang rapat dengan beliau, dia seorang yang sangat kaya walaupun mempunyai syarikat perunding m&e sendiri, tempat saya bekerja sekarang.

Tetapi dia jenis yang tak tunjuk pun dia kaya.Kalau pertama kali jumpa dia mesti orang akan anggap pelik. Boleh smartphone dia cover dengan plastik jernih putih dan ikat getah. IR buat macamtu? Pelik sangat. Kelakar pun ada. Nak tegur, "bos, pakailah screen protector.".Tapi senyapkan sahaja sebab dia kan IR, mesti lagi tahu.

Dalam ofis kami ada 5 buah komputer. 3 untuk draughtman dan 2 untuk engineer. Logiklah kalau draugthman guna komputer seorang satu.Terapi bayangkan engineer ada 7 orang berkongsi 2 komputer. Memang kene tunggu giliran. Skrip biasa di ofis,
" eh Siti(bukan nama sebenar), aku lepas kau tau. Urgent ni! ".
Kawan yang menatap komputer membalas , "sorila, turn ko esok eh.Aku super urgent ni "

Komputer sudahlah terhad, komputer riba sendiri tidak dibenarkan dibawa ke ofis. Macam-macam larangan lain yang tidak boleh dibuat. Aircond mesti ditutup ketika waktu rehat, tidak dibenarkan mengecas telefon peribadi di ofis, ruang pantry tidak boleh bersepah, hanya guna kertas kitar semula jika mahu print untuk 'draft' . Kertas kitar semula bukan sahaja report-report lama yang boleh digunapakai di bahagian belakang yang masih kosong, malah kertas drawing saiz A1 dipotong-potong menjadi saiz A4.

Bos saya memang jenis berjimat selagi boleh. Bila dia nampak kami buat salah dia tak akan tegur, tetapi sedikit perli.
" You punya charger tu sudah penuh belum? cukup tak ?"
Kami cuma sengih sahaja bila ditegur, dalam hati " alamak, habislah bonus aku tahun ni berkurang"

Dalam suka tak suka bekerja pun , dekat dua tahun saya bekerja di syarikat yang kecil dan serba kekurangan. Perkongsian bos pada petang jumaat minggu lepas banyak membuka mata saya.

Beliau berkata engineer muda sekarang terlalu tinggi permintaanya. Ramai mahu gaji besar,  kerja mahu yang mudah-mudah, kerja mahu ikut waktu ofis sahaja, waktu cuti banyak dan lain-lain lagi.Pendek kata mahu cepat, mudah tetapi mahu dibayar tinggi. Terlalu inginkan keseronokan tetapi tak sanggup untuk berkerja keras dan bersusah payah.

Dia beritahu lagi tempoh 5 tahun pertama bekerja adalah sangat penting. Kalau mahu bersenang lenang di kemudian hari, wajib  bekerja keras pada permulaanya. Buat kerja kerana mahukan ilmu tanpa melihat ukuran gaji. Jangan berkira kalau membuat kerja orang lain yang bukan kerja kita. Siapa yang buat, dia yang dapat ilmu.Takkan rugi.

Tambah beliau, hasil tuaian bergantung kepada berapa kuatnya kita membajak. Duit akan datang sendiri bila ilmu penuh didada. Sebab itu beliau sanggat menekankan pentingnya mind set yang betul. Mesti ada komitmen (tanggungjawab) dan komited (bersungguh-sungguh) dalam membuat kerja disertai dengan attitude(peribadi) yang baik.

Bos beritahu lagi, awak boleh jamin sehari 8jam awak betul-betul buat kerja?.
Bila awak bekerja ada tak awak fikir apa sumbangan awak kepada syarikat ? atau hanya fkir apa yang syarikat boleh beri kepada awak.

" Saya tahu apa staff saya buat dibelakang saya,  tetapi saya malas nak cakap banyak kali sebab awak semua dah cukup matang untuk fikir"

Saya mengakui kebenaran kata-kata beliau.Mana ada kejayaan tanpa usaha gigih. Saya pun culas dalam membuat kerja dan agak 'manja' sebagai engineer muda. Undang- undang di ofis  bukanlah menunjukkan sifat kedekut tetapi beliau mengajar untuk tidak membazir. Gunakan apa yang ada selagi boleh digunakan kerana semuanya melibatkan kos.

Kadang -kadang saya terfikir, kita ini nama sahaja islam tetapi sifat tidak ikut islam. Orang bukan islam pula nampak lebih islam daripada kita yang memang sudah islam.

Comments

Popular Posts