Bila waktu telah terhenti?

Entri 19
Oleh : Siti Zakiah Meskam

Assalamualikum semua.

Lama diri ini menyepi.
Adat hidup, kita perlukan persinggahan untuk mengharungi perjalanan yang panjang.
Sebab itu ada R&R di sepanjang highway.Hati juga perlukan rehat dan rawat secukupnya. Namun ada had kerana destinasi yang dituju belum lagi sampai.

Baru-baru ini Allah beri kekuatan untuk melawat seorang sahabat yang sedang tenat di hospital.

Sungguh, melihat orang yang sakit mengingatkan kita tentang kematian. Suatu saat yang pasti dan kita tak dapat nak lari.

Sahabat sebenarnya tidak pernah saya kenali. Disebabkan dia junior satu group smart camp di UTM, saya rasa terpanggil untuk melawat beliau.Umurnya masih muda.Baru sahaja tamat degree.

Ketika saya datang melawat keadaanya sangat tenat. Darah keluar dari hidung, mulut dan dubur beliau. Saya tidak ingat apa nama penyakitnya, tetapi berkaitan dengan darah.Darahnya tidak mampu mengeras. Sel-sel darahnya pecah. Keluar sana sini dari paru-paru dan organ dalaman.Hanya matanya mampu bergerak dan saya tahu dia kesakitan yang amat.

Saya tidak pasti bagaimana punca penyakitnya datang. Yang pasti Allah mengajarkan saya akan tiba satu masa yang manusia tidak akan ada daya upaya lagi melainkan Allah.

"Mahasuci Allah.sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dari bantuan Allah ."

Nyawa kita menjadi serapuh-rapuhnya.

Buat adik nur hamizah muhamad saleh, ku doakan dirimu dimudahkan urusan akhirat.Moga Allah menghapuskan dosamu dan meningkatkan darjatmu asbab kekuatanmu mengharungi kesakitan.

Informasi terkini daripada kakaknya mengatakan harapan adiknya untuk hidup sangat tipis. Doktor sudah membuat apa termampu tetapi darahnya masih mengalir dari rongga badannya.

Buat kita yang masih bernyawa, mari sedekahkan al-fatihah kepada adik ini. Kita mungkin tidak mengenali beliau, tetapi kita juga akan mengalami saat yang dialami olehnya.

Walau suasana, masa, tempat dan waktu kita berbeza.

Semoga al-fatihah kita kepada orang yang tidak kita kenali menyebabkan Allah buka pintu hati orang lain yang tidak kita kenali untuk menyedekahkan al-fatihah pula kepada kita.

Amin.

Semoga beroleh manfaat.

Comments

Popular Posts