Makna Sebenar Perkahwinan Sakinah, Mawadah, dan Rahmah

Teks : Siti Zakiah Meskam
Foto  : Sumber carian internert

Assalamualikum w.b.t dan Bismilah

Sebagai hamba, kita memang suka meminta kepada Allah s.w.t, dan Allah juga suka kita meminta kepadanya. Ya, kebanyakan kita suka berdoa, tetapi adakah kita memahami dengan sebenar-benarnya apa yang kita minta?

Bila sahaja masuk bab DOA ini saya selalu teringat dengan kata-kata salah seorang guru saya,
Membaca doa dan berdoa adalah dua perkara yang berbeza!

Dan kebanyakan masa kita membaca doa tanpa mengetahui maksudnya dengan mendalam.

Begitu juga dengan doa yang selalu kita mohon dan ucapkan untuk pasangan pengantin baru.Ucapan "semoga perkahwinan kalian mendapat sakinah, mawadah dan rahmah daripada Allah" antara yang 'famous' disebut dan ditulis.

Tahukah anda doa ini sebenarnya berasal daripada ayat al-Quran Surah Ar-Rum ayat 21 ?



Inilah 3 elemen penting yang perlu kita minta kepada ALLAH untuk perkahwinan kita.Bukan sahaja diawal perkahwinan tetapi disepanjang perkahwinan.

Sakinah adalah satu perasaan yang didapati daripada perkahwinan, iaitu rasa ketenteraman dengan pasangan. 

Perasaan tenteram yang turun dari Allah ini dijelaskan dalam surah Al-Fath ayat 4 :

" DIA lah yang menurunkan semangat tenang tenteram kedalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada "

Jika Sakinah adalah perasaan, Mawadah dan Rahmah pula adalah cetusan daripada rumahtangga yang juga kurniaan daripada ALLAH.

Secara ringkas maksud 3 element ini adalah seperti berikut :


Nampak macam mudah untuk mencapai 3 peringkat ini bukan?

Hakikatnya perkahwinan penuh dengan gelombang dan sering diuji dengan pelbagai ujian terutama kekurangan diri pasangan.

Disebabkan itu, Doa ini bukan sahaja untuk kita meminta ALLAH supaya mengurniakan rumahtangga yang bahagia malah kita juga meminta supaya ALLAH memelihara kelakuan kita terhadap kekurangan pasangan disepanjang perkahwinan.

Hal ini kerana tiada yang dapat mengurniakan ketiga-tiga cetusan perasaan ini ketika rasa senang dan susah melainkan daripada ALLAH s.w.t.




Semoga doa dan ucapan kita selepas ini diiringi dengan penghayatan yang lebih mendalam dalam bermohon kepada ALLAH s.w.t.

Amiiin.

Saya mohon keberkatanmu ya Allah.

Comments

Popular Posts